Pada 4hb Julai 2015 bersamaan 17 Ramadhan 1436 Hijrah merupakan juga tarikh Nuzul Al Quran, Persatuan Kejiranan Cluster 9 telah mengadakan Majlis Iftar Ramadhan dan Solat Terawih bagi Cluster 9 Putra Perdana.
Tujuan majlis ini diadakan adalah bagi memeriahkan bulan Ramadhan 1436 ini dengan bersama - sama penduduk - penduduk kawasan Cluster 9 berbuka puasa beramai - ramai dan beramal dengan bersolat bersama - sama serta bersedekah kepada yang memerlukan dengan harapan agar penduduk di kawasan Cluster 9 ini mendapat kerahmatan & keberkatan bulan Ramadhan ini dari Allat swt.
Majlis ini telah menyatukan ukhwah penduduk di mana, walaupun sibuk dengan tugas dan keluarga masing - masing, akan tetapi dapat bersatu dan bersama - sama merapatkan silaturrahim sesama jiran tetangga dalam majlis seperti ini.
Bagi pihak AJK Cluster 9 ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang menyumbang dalam bentuk derma, makanan dan juga tenaga bagi menjayakan majlis ini. Tahniah & terima kasih.
SEKITAR MAJLIS IFTAR DAN TERAWIH CLUSTER 9
 |
Senyuman 2 generasi, Pak Din dan Epai Ganaz.. |
 |
Berbual - bual sementara menunggu waktu berbuka puasa |
 |
Berkumpul beramai - ramai menunggu waktu berbuka |
 |
Chef Joe dan assistant chef yang membantu di dapur.. |
 |
Cikgu Fizol menunjukkan cara menuang air batu ke dalam bekas air |
 |
Santai sementara menunggu waktu berbuka puasa |
|
 |
Sebahagian kaum wanita yang hadir |
|
 |
Bakal - bakal pemimpin & waris akan datang Cluster 9 |
 |
Tuan Setiausaha En Sham memulakan majlis |
 |
Bacaan Doa dari Dr Rauf |
Pada majlis ini juga, pihak Persatuan Kejiranan Cluster 9 yang diwakili Pengerusi En Adnan, En Othman & Tn Hj Jamaluddin telah menyampaikan sedikit sumbangan kepada penerima dan wakilnya.
 |
Tn Hj Jamaluddin melaungkan azan |
 |
Daging kambing bakar merupakan menu favourite |
 |
Antara lauk - pauk dan hidangan di malam tersebut |
 |
En Firdaus sedang mengopek durian |
 |
Dr Rauf mengimamkan solat fardhu dan solat terawih |
 |
Warga C9 bermoreh beramai - ramai |
 |
Terasa ukhuwah sesama tetangga terbina di dalam majlis - majlis seperti ini |
 |
Meriah rasanya dapat bersama - sama menjayakan majlis ini. |
Tahniah Cluster 9!