Sunday 11 October 2015

PROGRAM DIALOG CLUSTER 9

Pada 4 Oktober 2015, satu program dialog di antara penduduk Cluster 9 telah diadakan di dataran komuniti C9. Program yang dianjurkan oleh Jawtankuasa penduduk C9 & JPP Dun Dengkil. Antara ahli panel yang hadir adalah Tn Hj Borhan bin Aman Shah (Penyelaras Pusat Khidmat DUN Dengkil) dan S.I Karunakaran A/L Muthaya (Ketua Balai Polis Putra Perdana). Pada hari tersebut jururawat dan pegawai kesihatan dari pusat Kesihatan Daerah Sepang juga turut hadir bagi memberikan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan kepada penduduk Cluster 9.











Sesi dialog bersama ahli panel. Wakil dari Cluster 3, Amanputra , Cluster 7 dan juga La Cottage juga hadir pada sesi dialog ini.












Penduduk bertanyakan soalan - soalan pada acara dialog tersebut.




Antara yang hadir dan meramaikan majlis dialog tersebut.



















Antara inti pati isu - isu yang dibangkitkan pada sesi dialog ini adalah :

1.   Pembinaan Surau di Cluster 9.
2.   Rondaan Polis di Cluster 9 terutama di siang hari.
3.   Langkah keselamatan di simpang empat masuk ke C9 yang kerap berlaku kemalangan.
4.   Permohonan peralatan senaman di padang C9.
5.   Mempercepatkan operasi lampu limpah di taman permainan dan lampu jalan di bulatan C9.
6.   Permohonan melakukan semburan (Fogging) menghalau nyamuk di C9.
7.   Pemantauan PBT berkaitan anjing liar dan lembu yang berkeliaran.
8.   Pembersihan longkang bertakung di C9.
9.   Permohonan untuk menjadikan C9 sebagai Komuniti Berpagar (Gated & Guarded)
10. Status geran individu bagi penduduk C9 khasnya dan Putra Perdana umumnya.
11. Wifi percuma untukC9.
12. Permohonan membina Dewan Orang ramai bagi C9.
13. Isu jejantas di Lebuhraya Putrajaya Link yang belum siap menyebabkan kesesakan pada waktu puncak.
14. Permohonan lampu limpah di kawasan court badminton C9 untuk aktiviti sukan malam.

Antara isu lain yang diberikan penerangan. 

1.   Persatuan Penduduk C9 boleh memohon peruntukan lembu korban pada tahun depan.
2.   Program Hijrah, untuk mereka yang berniaga di Selangor untuk mendapatkan pembiayaan.
3.   Peruntukan wang sara hidup untuk pelajar yang belajar di KUIS dan Unisel.
4.   Pembinaan Sekolah Tahfiz di Putra Perdana.


Jawatankuasa Persatuan Kejiranan Cluster 9 akan membuat susulan ke atas semua perkara yang dibincangkan pada sesi dialog tersebut. Jika tidak semua dapat di realisasikan, pastinya ada sebahagian akan dapat dilaksanakan dalam waktu terdekat dan sebahagian yang lain akan menjadi perancangan jangka panjang dalam program komuniti C9 ini. Insya Allah.






PROGRAM GOTONG ROYONG CLUSTER 9

Seperti biasa, penduduk di Cluster 9 mengadakan program gotong -royong sebagai acara bulanan. program ini diadakan pada 26 September 2015.















Pada hari ini juga, projek menaiktaraf pondok persatuan juga dijalankan. Ianya menjadi Laman Komuniti Cluster 9 dimana pelbagai aktiviti persatuan dapat dijalankan di sini.