Pengenalan

Persatuan Kejiranan Cluster 9 merupakan sebuah persatuan komuniti setempat iaitu di kawasan perumahan Cluster 9 Taman Putra Perdana Puchong. Kawasan kejiranan ini mempunyai 144 unit rumah dan merupakan kawasan perumahan cluster yang paling kecil berbanding kawasan cluster yang lain.




Walaupun bilangan penduduk Cluster 9 ini yang tidak begitu ramai, ianya tidak menjadi penghalang untuk penduduk di sini bersatu dan bersama-sama menjalankan aktiviti komuniti dan kemasyarakatan di mana ianya bertujuan merapatkan lagi tali persaudaraan sesama jiran tetangga.