Friday 15 May 2015

GOTONG - ROYONG & PROJEK DUSUN C9

Pada 10 hb May 2015, Persatuan Kejiranan Cluster 9 telah mengadakan gotong - royong membersihkan kawasan sekitar Cluster 9. Program ini merupakan program bulanan setiap 2 bulan sekali. Ianya bertujuan memastikan kawasan Cluster 9 dalam keadaan bersih dan terjaga. Secara tidak langsung ianya mengeratkan ukhuwah dan hubungan sesama jiran tetangga di kawasan Cluster 9 ini.

Pada hari yang sama juga Persatuan Kejiranan melancarkan Projek Dusun Komuniti Cluster 9. Projek ini yang diterajui En Firdaus mendapat sokongan Pengerusi Persatuan dan ahli - ahli yang lain.
En. Jamal telah menyumbangkan tanah 'top soil' untuk projek penanaman ini. Tujuan utama projek Dusun Komuniti ini adalah untuk mengwujudkan suasana kedamaian alam semulajadi seperti konsep 'Kediaman dalam Dusun' dan juga menjadikan kawasan Cluster 9 ini lebih hijau dan teduh. Pokok buah - buahan yang ditanam adalah seperti Rambutan, Manggis, Mangga, Belimbing Buluh, Durian Belanda dan beberapa jenis pokok buah - buahan tempatan yang eksotik lagi.

Bukanlah mengharapkan hasil tuaian yang lumayan dari penanaman pokok buah - buahan ini, tetapi ianya lebih kepada aktiviti kemasyarakatan di mana pada suatu masa nanti kita semua terutama penduduk Cluster 9, dapat bersama - sama merasa hasilnya dan secara tidak langsung juga dapat diwariskan kepada anak cucu kita yang tinggal di Cluster 9 ini. Ianya juga menjadi amal jariah kita terhadap masyarakat sekeliling.

Syabas Cluster 9 !  Bakti dan keringat yang dicurahkan pasti akan ada balasan.


Sekitar Projek Dusun Komuniti C9


"The Avengers C9"

Antara penduduk yang turut serta dalam program gotong - royong & Projek Dusun C9


En Fairus menunjukkan skil menggali lubang

En Mahdir, cekap mengkambus lubang

Lubang 'Empat Segi' yang dibuat oleh En Zureimi & En Din TNB

Bekerja beramai - ramai, Jiran sepakat membawa berkat

En Firdaus merupakan 'tulang belakang' Projek Dusun C9

Gbr 1

Gbr 2

Gbr 3 : Cikgu Fizol menunjukkan cara tambun tanah

'Otai masih berbisa' Hj Jamal & Hj Man menunjukkan skil menanam pokok

Skil menggali lubang dari rakan baru kita

Yang ini tolong gali ke atau tolong tengok?

En Din TNB menunjukkan cara menggali lubang dengan betul


Angkut tanah beramai - ramai, 'Berat Sama Dipikul, Ringan Sama Dijinjing'

Terbaik..En Adnan dan En Sham, macam majlis pecah tanah pulak !

En Fairuz dan En Mahdir berehat bersama anak pokok yang hendak ditanam

'Besar dah lubang tu Din'

En Firdaus, tekun menggali lubang

En Najeb, En Rosli & En Yusof Wong tanam pokok


Bergambar beramai - ramai selepas selesai menanam pokok



# (kredit gambar : En Marzuki (jurufoto C9)