Saturday 11 July 2015

PROGRAM IFTAR RAMADHAN DAN SOLAT TERAWIH CLUSTER 9

Pada 4hb Julai 2015 bersamaan 17 Ramadhan 1436 Hijrah merupakan juga tarikh Nuzul Al Quran, Persatuan Kejiranan Cluster 9 telah mengadakan Majlis Iftar Ramadhan  dan Solat Terawih  bagi Cluster 9 Putra Perdana.

Tujuan majlis ini diadakan adalah bagi memeriahkan bulan Ramadhan 1436 ini dengan bersama - sama penduduk - penduduk kawasan Cluster 9 berbuka puasa beramai - ramai dan beramal dengan bersolat bersama - sama serta bersedekah kepada yang memerlukan dengan harapan agar penduduk di kawasan Cluster 9 ini mendapat kerahmatan & keberkatan bulan Ramadhan ini dari Allat swt.

Majlis ini telah menyatukan ukhwah penduduk di mana, walaupun sibuk dengan tugas dan keluarga masing - masing, akan tetapi dapat bersatu dan bersama - sama merapatkan silaturrahim sesama jiran tetangga dalam majlis seperti ini.

Bagi pihak AJK Cluster 9 ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang menyumbang dalam bentuk derma, makanan dan juga tenaga bagi menjayakan majlis ini. Tahniah & terima kasih.


SEKITAR MAJLIS IFTAR DAN TERAWIH CLUSTER 9


Senyuman 2 generasi, Pak Din dan Epai Ganaz..
Berbual - bual sementara menunggu waktu berbuka puasa

Berkumpul beramai - ramai menunggu waktu berbuka



Chef Joe dan assistant chef yang membantu di dapur..

Cikgu Fizol menunjukkan cara menuang air batu ke dalam bekas air

Santai sementara menunggu waktu berbuka puasa
Sebahagian kaum wanita yang hadir


Bakal - bakal pemimpin & waris akan datang Cluster 9



Tuan Setiausaha En Sham memulakan majlis





Bacaan Doa dari Dr Rauf
Pada majlis ini juga, pihak Persatuan Kejiranan Cluster 9 yang diwakili Pengerusi En Adnan, En Othman & Tn Hj Jamaluddin telah menyampaikan sedikit sumbangan kepada penerima dan wakilnya.












Tn Hj Jamaluddin melaungkan azan



Daging kambing bakar merupakan menu favourite

Antara lauk - pauk dan hidangan di malam tersebut

En Firdaus sedang mengopek durian

Dr Rauf mengimamkan solat fardhu dan solat terawih

Warga C9  bermoreh beramai - ramai

Terasa ukhuwah sesama tetangga terbina di dalam majlis - majlis seperti ini


Meriah rasanya dapat bersama - sama menjayakan majlis ini.




Tahniah Cluster 9!




Wednesday 8 July 2015

PROGRAM YB SHAHRUM TURUN PADANG KE CLUSTER 9

Baru - baru ini, pada 4hb Julai 2015 jam lebih kurang 3.30 petang, bersempena dengan Bulan Ramadhan al Mubarak dan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Dengkil Tuan Shahrum bin Mohd Sharif telah berkunjung ke kawasan perumahan kita di Cluster 9. Lawatan bertujuan memberikan sumbangan Hari Raya bagi pihak DUN Dengkil dan juga pada masa yang sama beramah mesra bersama penduduk  - penduduk setempat dan mendengar permasalahan penduduk.



YB bergambar bersama-sama sebahagian penduduk Cluster 9

Kunjungan YB ke rumah En Mokhtar

En Mokhtar menceritakan sesuatu kepada YB

Mendengar cerita En Mokhtar, nampak macam menarik..

Dr Rauf memberikan cenderamata berupa senaskhah Al Quran kepada YB

Antara sebahagian yang bertandang ke rumah En Mokhtar

Pasti ada sesuatu yang menceriakan suasana ini..

En Adnan memperkenalkan sebahagian warga C9

Kunjungan YB ke rumah En Rosli

YB bertanyakan sesuatu kepada ahli keluarga

YB bertanyakan sesuatu kepada anak En Rosli


YB sempat juga melawat kawasan gelanggang badminton taman C9 yang menjadi kawasan dan nadi utama pelbagai aktiviti dan program penduduk yang biasanya diadakan di C9 seperti hari sukan, hari keluarga mesyuarat dan majlis - majlis yang lain. Kebetulan pada hari lawatan tersebut, satu program Majlis Berbuka Puasa dan Terawih bakal diadakan pada malam itu, malangnya YB tidak dapat bersama - sama kita pada hari tersebut. Apapun pihak Jawatankuasa C9 telah memohon agar kawasan gelanggang badminton ini diterangi dengan lampu limpah bagi memudahkan penduduk melakukan aktiviti - aktiviti riadah dan kemasyarakatan serta bersukan di waktu malam seperti badminton & takraw. Permohonan telah kita ajukan, kelulusan yang kita nantikan. Semoga permohonan kita mendapat pertimbangan pihak Majlis dan YB.


YB meninjau tapak majlis berbuka dan terawih C9

En Adnan memberikan penerangan kepada YB




YANG BERHORMAT TUAN SHAHRUM BIN MOHD SHARIF

Ahli dewan undangan negeri DUN Dengkil.

Pusat Khidmat ADUN Dengkil,
Rumah Hijau, KM4.5 Jalan Dengkil - Banting,
43800 Dengkil, Sepang,
Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03-8768 8955
Fax : 03-8768 7955
Emel : dundengkil55@gmail.com