Monday 7 September 2015

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2015

Pada 8hb Ogos 2015, Persatuan Kejiranan Cluster 9 telah menganjurkan sambutan Hari Raya Aidilfitri untuk penduduk Cluster 9 yang bertujuan mengeratkan silaturrahim sesama penduduk & sebagai medium kepada penduduk untuk saling mengenal lebih rapat lagi serta bermaafan sempena bulan Syawal yang mulia ini.

Persatuan juga menjemput wakil dari jawatankuasa Persatuan penduduk setempat sekitar Taman Putra Perdana serta wakil dari Ahli Majlis, JPP Putra Perdana serta Jawatankuasa Masjid Taman Putra Perdana.

Majlis yang sederhana ini berjalan dengan lancar dan meriah di mana penglibatan AJK serta penduduk yang masing-masing bekerjasama dalam menjayakannya.

Kehadiran yang ramai dari kalangan penduduk bersama keluarga, menikmati juadah yang disediakan serta saling beramah mesra menjadikan penduduk di Cluster 9 ini bukan seperti orang lain bahkan ibarat sebuah keluarga yang besar.

Di sinilah dan dengan cara inilah perpaduan terjalin,sifat saling hormat-menghormati, bekerjasama dalam menjayakan majlis ini, bergaul dan bermasyarakat, mengeratkan lagi persaudaran yang terjalin di antara penduduk Cluster 9 ini. Tahniah Cluster 9


CERIA RAYA@C9  

Pra Persiapan Majlis























Malam Sambutan

Pembukaan












Jamuan Makan



























Perbincangan Penduduk











Di Sebalik Tabir



























Dari Lensa

Mesyuarat wakil masa depan

Let's party!

Inilah dia, saki baki..

'Geng fogging'

Anak-anak, ada agenda mereka sendiri

Gaya bussinessman