Monday 22 August 2016

Majlis Aidilfitri 2016 Cluster 9 Taman Putra Perdana



Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri 2016 Cluster 9 (C9) Taman Putra Perdana telah berlangsung pada 30hb Julai, 2016 bertempat di Laman Komuniti C9. Ini merupakan kali ketiga majlis seumpamanya diadakan oleh komuniti C9 bagi meraikan bulan Syawal yg mulia ini  di samping  meneruskan usaha memupuk semangat kekeluargaan di kalangan penduduk C9
.
Acara dimulakan dengan bacaan doa oleh AJK C9, Prof Madya Dr Rauf Tan Sri Hassan di ikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi C9, Tuan Adnan Mohamad Nor.

Pelbagai juadah telah disediakan untuk para tetamu termasuk lemang yang dibuat secara gotong royong oleh penduduk C9, ketupat, rendang, dua ekor kambing bakar, pelbagai jenis kuih-muih dan biskut raya, air batu campur, mee dan nasi goreng dan juga pizza Domino's.

Majlis juga telah dimeriahkan dengan kehadiran Tuan Haji Borhan Aman Shah, Penyelaras Pusat Khidmat DUN Dengkil, Tuan Haji Baharuddin Misran, ahli Majlis Perbandaran Sepang, Tuan Naharanuar Ayob, Timbalan JPP Taman Putra Perdana serta ahli-ahli Jawatankuasa Masjid Taman Putra Perdana.

Diharapkan majlis seumpama ini akan dapat diteruskan di tahun-tahun yang akan datang Insya Allah.

Komuniti C9 yang  bertungkus-lumus menyediakan lemang untuk juadah Aidilfitri.



Prof Madya Dr Rauf membacakan doa


Ucapan alu-aluan Pengerusi C9 


Tuan Haji Azman berucap bagi pihak AJK majlis



Gerai ABC


Gerai Kambing Bakar


Antara juadah lain yang disediakan



Para penduduk dan tetamu menikmati juadah






Masa untuk pizza


Acara selingan meraikan harijadi muslimat C9 untuk bulan Januari hingga Jun 2016

  

Pengerusi C9 menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak C9


Tuan Haji Borhan turut memeriahkan majlis


AJK dan penduduk C9 bergambar kenangan bersama Tuan Haji Borhan