Tarikh: 01 Oktober 2017
Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengahari
Tempat: Laman Komuniti Cluster 9
Satu program tutorial membuat kek telah dianjurkan oleh Kawasan Rukun Tetangga Cluster 9 (KRT C9) dengan kerjasama Persatuan Komuniti Cluster 9 (C9), Taman Putra Perdana bagi memupuk kemesraan dan semangat kerjasama terutamanya di kalangan warga suri C9.
Program tersebut telah mendapat sambutan yang menggalakkan dengan disertai oleh 20 orang peserta dan dikendalikan oleh Puan Hajjah Fadzillah Ismail (atau lebih mesra dengan panggilan Mak Tok).
Para peserta telah didedahkan dengan teknik dan cara penyediaan bahan-bahan bagi membuat dua jenis kek iaitu kek Red Velvet dan kek Holiday Inn.
Setelah tiga jam berhempas pulas bagi menyiapkan kek-kek tersebut, mereka sangat teruja dan berpuas hati dengan hasil kerja tangan masing masing.
Diharapkan program seumpama ini dapat menambahkan ilmu membuat kek untuk warga suri C9 agar mereka dapat menghasilkan kek mereka sendiri di rumah.
Wajah-wajah ceria peserta
Mak Tok sedang menurunkan ilmu
Proses mengadun bahan-bahan kek
Kek dibakar di dalam oven
Kek yang berjaya disiapkan
Laman web komuniti Kejiranan Cluster 9 Taman Putra Perdana Puchong No Pendaftaran PPM-009-10-25102014
Tuesday, 7 November 2017
Sunday, 8 October 2017
Majlis Yassin dan Solat Hajat Pelajar UPSR / PSRA / UPKK / PT3 / SPM 2017
Tarikh: 24hb Ogos, 2017
Masa : 7 pm -10.30 pm
Tempat: Laman Komuniti Cluster 9
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Pihak Persatuan Komuniti Cluster 9 (C9) Taman Putra Perdana telah mengadakan satu program bacaan Yassin dan Solat Hajat bagi memohon dipermudahkan anak-anak warga C9 yang akan menduduki peperiksaan UPSR / PSRA / UPKK / PT3 dan SPM 2017.
Majlis dimulakan dengan mendirikan solat fardhu Maghrib secara berjemaah yang diimamkan oleh Prof Madya Dr Abdul Rauf Tan Sri Hassan.
Selesai solat, Pengerusi C9, En Adnan Mohd Nor telah menyampaikan sedikit ucapan ringkas dan mengucapkan terima kasih di atas kerjasama warga C9 bagi menjayakan program tersebut.
Seterusnya, Prof Dr Abd Rauf memimpin bacaan Yassin dan tahlil diikuti dengan solat Isyak berjemaah.
Selesai solat Isyak, warga C9 yang hadir telah mendirikan Solat Hajat secara berjemaah bagi memohon anak-anak C9 dan juga semua pelajar secara amnya yang akan mengambil peperiksaan besar tersebut agar diberikan pedoman, kesihatan yang baik serta dipermudahkan urusan bagi tujuan tersebut.
Aamiin ya Rabbal'alamin...

Sunday, 10 September 2017
KELAS TUISYEN MATEMATIK PELAJAR PT3
Tarikh: Setiap Sabtu sehingga PT3 bermula
Masa : 9 am -12 pm
Tempat: Laman Komuniti Cluster 9
Sebagai sebahagian daripada program untuk memantapkan lagi persediaan pelajar Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) di kalangan anak-anak warga Cluster 9 Taman Putra Perdana (C9), pihak persatuan telah menjemput seorang pakar Matematik, En. Rizwan dari Bangi, Selangor untuk memberikan bimbingan dan tunjuk ajar melalui siri kelas tusiyen Matematik.
Kelas tuisyen ini diadakan pada setiap hari Sabtu bertempat di Laman Komuniti C9. Bayaran untuk kelas tuisyen ini dibiayai oleh ibu bapa pelajar masing-masing.
Pada permulaanya, kelas ini disertai oleh beberapa orang pelajar PT3 di kalangan anak-anak warga C9 tetapi kemudiannya telah disertai oleh beberapa rakan sekolah mereka yang tinggal di luar Taman Putra Perdana.
Diharapakan kelas seumpama ini dapat meningkatkan keyakinan dan memberikan impak yang besar kepada anak-anak bagi menghadapi peperiksaan PT3 nanti.
Juga diharapkan agar kelas tuisyen sebegini akan dapat diadakan juga untuk peperiksaan utama yang lain seperti UPSR dan SPM di masa akan datang.
Selain itu juga, kelas tuisyen sebegini dapat mempelbagaikan penggunaan Laman Komuniti C9 sebagai tempat menimba ilmu selain daripada untuk merapatkan hubungan kekeluargaan di kalangan warga C9.
Gambar-gambar ketika sesi tuisyen berlangsung

Saturday, 29 July 2017
MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI 2017
Pada 22hb Julai 2017,
Persatuan Kejiranan Cluster 9 (C9) Taman Putra Perdana dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga Cluster 9 (KRT C9) telah
menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2017 bertempat di
Laman Komuniti C9.
Majlis dimulakan pada pukul 8.30 malam dengan bacaan doa oleh Prof Madya Dr Abd. Rauf Tan Sri Hassan.
Kehadiran ahli-ahli komuniti C9 pelbagai kaum pada majlis sambutan pada kali ini adalah paling ramai sejak kali
pertama majlis seumpama ini diadakan pada 2014
Sambutan kali ini juga lebih istimewa kerana diserikan dengan kehadiran aktor terkenal Dato’ Jalaluddin Hassan.
Turut memeriahkan
majlis ialah Haji Baharuddin Misran (Ahli Majlis Perbandaran Sepang), Puan Roseyani Md Yassin (Pegawai Perpaduan, Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional), Tuan Naharanuar Ayob (Timbalan Pengerusi JPP Putra Perdana), Tuan Nazir
serta ahli-ahli Jawatankuasa Masjid Taman Putra Perdana.
Pelbagai juadah hari
raya disediakan untuk para tetamu seperti ketupat, lemang, rendang, ayam
panggang, mee kari, nasi goreng, lokching, char kuay tiau, burger, ais krim dan juga pelbagai jenis kuih dan biskut raya.
Acara cabutan bertuah turut diadakan di mana hadiah-hadiah hamper telah disediakan kepada 5 pemenang.
Diharapkan majlis seumpama ini akan dapat diteruskan di tahun-tahun yang akan datang Insya Allah.
Diharapkan majlis seumpama ini akan dapat diteruskan di tahun-tahun yang akan datang Insya Allah.
AJK dan ahli-ahli C9 sedang membuat persiapan untuk majlis sambutan
Saudara Rozihan Anwar bertindak sebagai pengacara majlis
Doa dibacakan oleh Prof Dr. Rauf.
Tetamu mendaftar untuk acara cabutan bertuah
Antara tetamu istimewa yang hadir
AJK dan ahli C9 sibuk melayan para tetamu
Dato' Jalaluddin sedang menyampaikan duit raya kepada anak-anak C9
Para pemenang cabutan bertuah
Gambar-gambar sekitar majlis
Bergambar kenangan bersama Dato' Jalaluddin
Subscribe to:
Posts (Atom)