Wednesday 10 May 2017

TAKLIMAT DAN DEMONSTRASI MEMADAM KEBAKARAN - BOMBA CYBERJAYA

TARIKH  : 10 Mei 2017
MASA     : 10:00 am
TEMPAT : Laman Komuniti Cluster 9 

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT CYBERJAYA


Di anjurkan oleh Kawasan Rukun Tetangga Cluster 9 (KRT C9), satu taklimat berkenaan cara-cara bagaimana tindakan atau kaedah yang terbaik bagi mengawal kebakaran yang mungkin berlaku di rumah. Program di mulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi KRT, Tn Hj Jamaluddin kepada Penyelia Bomba Cyberjaya, En Riduan dan semua anggota yang hadir serta kepada penduduk kejiranan Cluster 9 yang dapat hadir.






Taklimat ini telah di sampaikan oleh En Fakarudin atau lebih di kenali sebagai Cikgu Fakarudin dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Cyberjaya. Beliau telah menerangkan bagaimana cara yang terbaik untuk mengawal serta memadamkan kebakaran yag mungkin berlaku di rumah.





Demonstrasi memadam kebakaran menggunakan pemadam api jenis serbuk. 










Terima kasih di ucapkan kepada En Riduan, En Fakarudin dan semua anggota Bomba Cyberjaya atas tunjuk ajar dan ilmu bagi cara-cara memadam dan mengawal kebakaran di rumah. Moga penduduk di Cluster 9 dapat memanfaatkan ilmu ini untuk keselamatan diri dan keluarga masing-masing.






GOTONG ROYONG KE-03 (2017)

TARIKH    : 10 Mei 2017
MASA       : 08:00 am
TEMPAT   : Jalan 9/6 dan 9/7

Gotong Royong ke-3 bagi tahun 2017 di buat khusus di sasarkan untuk jalan 9/6 dan 9/7. Seperti biasa, tujuan adalah untuk memastikan kebersihan dan keindahan cluster 9 di jaga bersama-sama. 

Hampir 25 penduduk Cluster 9 telah sama-sama menjayakan program ini. Semoga ikatan kejiranan C9 terus berkekalan dan persekitaran Cluster 9 dapat di jaga bagi keselesaan bersama.


Sekitar program Gotong Royong kali ini.