Sunday 10 September 2017

KELAS TUISYEN MATEMATIK PELAJAR PT3

Tarikh: Setiap Sabtu sehingga PT3 bermula
Masa : 9 am -12 pm
Tempat: Laman Komuniti Cluster 9

Sebagai sebahagian daripada program untuk memantapkan lagi persediaan pelajar Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) di kalangan anak-anak warga Cluster 9 Taman Putra Perdana (C9), pihak persatuan telah menjemput seorang pakar Matematik, En. Rizwan dari Bangi, Selangor untuk memberikan bimbingan dan tunjuk ajar melalui siri kelas tusiyen Matematik.

Kelas tuisyen ini diadakan pada setiap hari Sabtu bertempat di Laman Komuniti C9.   Bayaran untuk kelas tuisyen ini dibiayai oleh ibu bapa pelajar masing-masing.

Pada permulaanya, kelas ini disertai oleh beberapa orang pelajar PT3 di kalangan anak-anak warga C9 tetapi kemudiannya telah disertai oleh beberapa rakan sekolah mereka yang tinggal di luar Taman Putra Perdana.

Diharapakan kelas seumpama ini dapat meningkatkan keyakinan dan memberikan impak yang besar kepada anak-anak bagi menghadapi peperiksaan PT3 nanti.

Juga diharapkan agar kelas tuisyen sebegini akan dapat diadakan juga untuk peperiksaan utama yang lain seperti UPSR dan SPM di masa akan datang.

Selain itu juga, kelas tuisyen sebegini dapat mempelbagaikan penggunaan Laman Komuniti C9 sebagai tempat menimba ilmu selain daripada untuk merapatkan hubungan kekeluargaan di kalangan warga C9.


                   Gambar-gambar ketika sesi tuisyen berlangsung