Sunday 8 October 2017

Majlis Yassin dan Solat Hajat Pelajar UPSR / PSRA / UPKK / PT3 / SPM 2017

Tarikh: 24hb Ogos, 2017
Masa : 7 pm -10.30 pm
Tempat: Laman Komuniti Cluster 9

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Pihak Persatuan Komuniti Cluster 9 (C9) Taman Putra Perdana telah mengadakan satu program bacaan Yassin dan Solat Hajat bagi memohon dipermudahkan anak-anak warga C9 yang akan menduduki peperiksaan UPSR / PSRA / UPKK / PT3 dan SPM 2017.

Majlis dimulakan dengan mendirikan solat fardhu Maghrib secara berjemaah yang diimamkan oleh Prof Madya Dr Abdul Rauf Tan Sri Hassan.  

Selesai solat, Pengerusi C9, En Adnan Mohd Nor telah menyampaikan sedikit ucapan ringkas dan mengucapkan terima kasih di atas kerjasama warga C9 bagi menjayakan program tersebut.

Seterusnya, Prof Dr Abd Rauf memimpin bacaan Yassin dan tahlil diikuti dengan solat Isyak berjemaah.

Selesai solat Isyak, warga C9 yang hadir telah mendirikan Solat Hajat secara berjemaah bagi memohon anak-anak C9 dan juga semua pelajar secara amnya yang akan mengambil peperiksaan besar tersebut agar diberikan pedoman, kesihatan yang baik serta dipermudahkan urusan bagi tujuan tersebut.


Aamiin ya Rabbal'alamin...