Tarikh: 01 Oktober 2017
Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengahari
Tempat: Laman Komuniti Cluster 9
Satu program tutorial membuat kek telah dianjurkan oleh Kawasan Rukun Tetangga Cluster 9 (KRT C9) dengan kerjasama Persatuan Komuniti Cluster 9 (C9), Taman Putra Perdana bagi memupuk kemesraan dan semangat kerjasama terutamanya di kalangan warga suri C9.
Program tersebut telah mendapat sambutan yang menggalakkan dengan disertai oleh 20 orang peserta dan dikendalikan oleh Puan Hajjah Fadzillah Ismail (atau lebih mesra dengan panggilan Mak Tok).
Para peserta telah didedahkan dengan teknik dan cara penyediaan bahan-bahan bagi membuat dua jenis kek iaitu kek Red Velvet dan kek Holiday Inn.
Setelah tiga jam berhempas pulas bagi menyiapkan kek-kek tersebut, mereka sangat teruja dan berpuas hati dengan hasil kerja tangan masing masing.
Diharapkan program seumpama ini dapat menambahkan ilmu membuat kek untuk warga suri C9 agar mereka dapat menghasilkan kek mereka sendiri di rumah.
Wajah-wajah ceria peserta
Mak Tok sedang menurunkan ilmu
Proses mengadun bahan-bahan kek
Kek dibakar di dalam oven
Kek yang berjaya disiapkan