Wednesday 16 January 2019

Sambutan Tahun Baru 2019

Pada 31 Disember 2018 , Persatuan Kejiranan Cluster 9 telah mengadakan sebuah sambutan bersempena dengan ambang tahun baru 2019 .Sambutan ini merupakan sambutan tahun baru yang julung kali dilakukan oleh Persatuan Kejiranan Cluster 9.

Majlis dimulakan pada 8:30 p.m. dengan bacaan doa oleh Tuan Hj. Jamaluddin b. Yusoff dan seterusnya sedikit ucapan alu-aluan daripada pengerusi penduduk Cluster 9 , En. Adnan Mohd Nor sebelum majlis bermula. Majlis sambutan Tahun Baru 2019 ini juga dihadiri oleh Ahli Majlis Perbandaran Sepang Zon Putra Perdana , Tuan Rushdan bagi bersama-sama meraikan malam tahun baru .

 Kemudian , penduduk mula menjamu selera hidangan yang telah disediakan sendiri oleh penduduk Cluster 9. Pelbagai makanan yang dihidangkan seperti kambing bakar , ayam bakar , nasi goreng , ABC dan pelbagai lagi .

Di samping itu , turut ditayangkan filem animasi di panggung layar untuk menghiburkan kanak-kanak yang hadir pada malam tersebut . Bukan itu sahaja, terdapat juga Sambutan Hari Jadi untuk anak En. Rizal dan anak-anak yang menyambut hari kelahiran pada bulan Disember sebelum majlis sambutan tahun baru berakhir.

Semoga tahun 2019 menjadi tahun yang lebih baik dan untuk semua penduduk dan semoga ukhwah persaudaraan antara satu sama lain di Cluster 9 akan bertambah erat pada tahun 2019 ini


Gambar-gambar sewaktu majlis berlangsung;


En. Adnan Mohd Nor selaku Pengerusi Penduduk memberikan kata-kata aluan


Ahli Majlis, Tuan Rushdan turut meluangkan masa bersama penduduk Cluster9



Kambing bakar menjadi tumpuan pada malam itu



Kanak-kanak sedang menonton filem kartun di layar panggung
En. Razman sedang menunjukkan tutorial mengopek kulit lobster dengan betul

En. Rizal menyambut Hari Kelahiran anaknya bersama anak-anak yang lain