Friday 31 May 2019

Majlis Berbuka Dan Iftar Ramadhan 2019

Assalamualaikum wbt.

Persatuan Kejiranan Cluster 9 telah mengadakan majlis berbuka puasa serta solat tarawih pada          25 May 2019 di Laman Komuniti. Solat Maghrib , solat Isyak serta solat sunat Tarawih telah di imamkan oleh Ust. Prof Dr Abdul Rauf Hassan. Program ini adalah program tahunan yang mana tahun ini adalah tahun yang kelima telah diadakan.

Pada malam itu juga setelah selesai solat tarawih,semua jemaah telah mengadakan solat Hajat bagi anak anak Cluster 9 yang akan mengambil peperiksaan bagi tahun 2019. Semoga anak-anak ini di cerahkan hati dan minda ketika menghadapi peperiksaan itu nanti.Amin..

Untuk Majlis Iftar kali ini, kaum Ibu Cluster 9 telah berpakat untuk menyediakan juadah berbuka serta moreh secara gotong royong.Program memasak ini telah diadakan di kediaman Ustazah Aina / Guru nasi arab C9... Alhamdulillah, kali ini hidangan nasi arab kambing menjadi pilihan. habis licin you..takde tinggal berbaki pun untuk sahur..huhu

Pada malam tersebut, majlis juga telah diserikan dengan kehadiran Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Sepang Zon Putra Perdana  Tuan Rushdan Bin Mohamad.

Cer tengok gambar2 yang sempat dirakam kat bawah ni...




Persiapan juadah berbuka puasa telah dilakukan oleh Kaum Ibu Cluster9 secara gotong-royong








Para penduduk yang hadir berbuka puasa secara ringan sebelum mendirikan Solat Maghrib


Tuan Rushdan Bin Muhammad memberikan sepatah dua kata sempena majlis berbuka puasa yang diadakan oleh Cluster9

Solat Maghrib telah diimamkan oleh Prof Dr Rauf 






Sesi menjamu selera selepas Solat Maghrib








Suasana ketika Solat Isyak dan Solat Sunat Tarawih didirikan


Para penduduk kemudiannya menjamu selera dengan hidangan yang telah disiapkan 

Terima kasih kepada semua kaum ibu yang terlibat bagi menyediakan makanan dari siang sampai ke habis program..anda semua memang Champion...Semoga majlis Iftar Cluster 9 ini mendapat keredhoan dari ALLAH SWT. serta semoga penduduk Cluster 9 semakin tinggi nilai nilai kejiranannya sampai bilo bilo.

Wassalam

Tuesday 7 May 2019

Majlis Menyambut kedatang Ramadhan Al Mubarak 1440 Masehi

Assalamualaikum wbt..

Pada hari yang sama pada 01 May 2019, aktiviti bergotong royong membersihkan kawasan di kawasan Laman Komuniti telah dijalankan, pada sebelah malamnya pula majlis bagi menyambut kedatangan bulan Ramadhan Al Mubarak pula telah diadakan .Cluster 9 telah mengadakan majlis bacaan yassin dan Doa selamat di Laman Komuniti .

Majlis telah diadakan pada jam 9:15 malam. Bacaan Yassin dan Doa tersebut telah diketuai oleh Prof Dr Rauf Hassan . Sebelum majlis di mulakan, Prof Dr Rauf telah memberikan sedikit tazkirah pendek yang bertajuk Fadhilat Bersedekah di Bulan Ramadhan. Walaupun tazkirahnya singkat, namun ianya padat dengan isi dan pengertiannya.

Semoga seluruh penduduk Cluster 9 sentiasa di berkati Allah dan mendapat hidayah Olehnya. Amin


















Program Gotong Royong Cluster9 2019


Assalamualaikum.

Bersempena cuti umum Hari Pekerja pada 01 May 2019, Persatuan Kejiranan Cluster 9 bersama sama AJK dan penduduk setempat telah mengadakan program gotong royong bagi membersihkan kawasan sekitar Laman Komuniti dan kawasan pintu masuk ke kawasan taman.Antara aktiviti yang dilakukan pada hari kejadian ialah seperti membaiki dinding stor Laman Komuniti , mengemas barang-barang yang terdapat di dalam stor dan mencantas dahan pokok yang telah mati serta menggemburkan tanah di kawasan pokok bunga roundabout dengan tujuan mengindahkan lagi kawasan keluar masuk kenderaan ke Cluster 9

Alhamdulillah, program bermula pada pukul 8 pagi dimulakan dengan sarapan pagi yang disediakan secara potluck dan berakhir pada jam 12 tengahari.Semoga dengan ini ,Cluster 9 kelihatan bersih dan ceria serta sedap mata memandang.


Antara hulubalang-hulubalang yang sempat hadir pada hari tersebut

Nasi Arab Day 2019

Pada hari ini , 21 April 2019 jam 8pagi tercatat sejarah di Cluster 9 , kaum Ibu mogok menggantung periuk dan kuali memasak di rumah masing-masing dan sepakat untuk belajar cara memasak nasi Arab di Laman Komuniti Cluster9

Seramai 18 kaum ibu dan keluarga yang telah mendaftarkan diri untuk turut serta mempelajari cara-cara memasak nasi arab ala ala syria gitu. Sifu yang sudi mengajarnya ialah Ustazah Aina bersama suaminya Prof Dr. Abdul Rauf Tan Sri Hassan .

Alhamdulillah , semua peserta telah berjaya menamatkan misi masakan mereka tepat pada jam 11pagi. Seterusnya, Prof Dr. Rauf selaku food tester telah pergi ke setiap kumpulan dan menilai setiap masakan serta memberikan komen . Syukur, walaupun setiap kumpulan telah menghasilkan rasa nasi arab yang berbeza namun ianya tetap sedap dan lazat unutk dimakan .

Tahniah untuk kaum Ibu Cluster9 . Nampak gayanya lepas ini ini kedai nasi arab di Cyberjaya bakal gulung tikar la ya. ^

                             Antara gambar-gambar program yang telah diambil ..


Kaum ibu telah menjayakan aktiviti Nasi Arab Day dengan  jayanya 









Prof Dr. Rauf telah menjadi juri kepada peserta untuk menilai nasi arab yang dimasak