Wednesday 12 February 2020

Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil

               Innalillahiwainnailaihirojiun

Majlis bacaan yassin dan tahlil telah berlangsung buat arwah Hj. Mohd Nor Bin Yusuf , ayahanda kepada Tok Penghulu Kejiranan Cluster 9 , En Adnan Mohd Nor yang telah kembali ke rahmatullah pada 28 Januari 2020 di Hospital IJN Kuala Lumpur .

Majlis bacaan yassin dan tahlil tersebut diadakan pada 7 Februari 2020 jam 9 malam di Laman Komuniti Cluster 9 . Kepada Tok Penghulu serta keluarga, kami warga penduduk Kejiranan Cluster 9 ingin merakamkan ucapan takziah di atas pemergian ayahanda tersayang . Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepada Dia jua lah kita akan dikembalikan . Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan bersama golongan orang-orang beriman . Amin 

AL-FATIHAH