Pada 21hb Disember yang lalu, Persatuan Kejiranan Cluster 9 telah mengadakan acara Sukaneka & Hari Keluarga. Tujuan utama acara ini diadakan adalah untuk mengeratkan silaturrahim dan merapatkan hubungan kekeluargaan sesama jiran tetangga penduduk-penduduk Cluster 9.
Disamping itu juga penduduk-penduduk yang mengambil bahagian dalam acara ini dapat mengenali di antara satu sama lain dari ibubapa hingga ke anak-anak yang terlibat. Walaupun program ini adalah yang pertama kali diadakan di Cluster 9 ini, penyertaan dari penduduk amatlah menggalakkan dan kemungkinan ianya akan diteruskan lagi di masa hadapan.
Ahli jawatankuasa Persatuan Kejiranan Cluster 9, dengan ini mengucapkan Tahniah kepada para pemenang bagi acara-acara yang dipertandingkan dan bagi yang tidak berjaya, jangan kecewa kerana acara seperti ini akan kita teruskan di masa hadapan untuk memupuk semangat perpaduan di kalangan penduduk-penduduk Cluster 9. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada AJK dan mereka yang terlibat sama ada secara langsung dan tidak langsung serta ahli keluarga yang menyertai dan menjayakan program ini. Khidmat dan penyertaan anda amatlah dihargai.
Kemesraan yang terjalin di antara jiran tetangga ketika acara ini diadakan diharap berkekalan hendaknya demi memupuk semangat kejiranan dan kesepakatan Kejiranan Cluster 9 ini.
Wajah - Wajah Kemesraan Sukaneka & Hari Keluarga Cluster 9
|
Bergambar beramai-ramai sebelum acara bermula |
|
Majlis dimulai dengan bacaan doa oleh En Mahdir |
|
Ucapan alu-aluan dan perasmian dari Pengerusi En Adnan Md Nor |
|
Antara penduduk dan ahli keluarga yang hadir pada hari tersebut |
|
En Azman (Biro Sukan) dan En Roshadlisham (Setiausaha) sedang menguruskan pendaftaran peserta |
Acara sukaneka bagi anak-anak bawah 6 tahun
|
Bawa bola ping pong dalam sudu |
|
Bawa pundi kacang di kepala |
|
Isi air dalam botol guna span |
Acara sukaneka bagi anak-anak 6 tahun ke atas
|
Acara tiup belon sampai pecah |
|
Cari gula-gula dalam tepung |
|
Ambil getah guna straw |
Acara sukaneka bagi anak -anak kategori remaja
|
Acara kepit bola celah kelengkang
|
Bawa bola guna gelung
|
|
|
Acara 'bowling kelapa' |
|
Susun Tin |
Acara sukaneka bagi kategori ibubapa
|
Rebut kerusi |
|
Baling belon berisi air |
|
Bowling kelapa kategori bapa |
|
Ibu- ibu menunjukkan skil bermain bowling kelapa |
|
Lari ikat kaki berpasangan |
|
Acara kemuncak tarik tali kategori bapa |
Penyampaian hadiah
|
Pemenang acara tarik tali kategori bapa |
Jamuan makan
Candid
|
Apa yang dibincangkan di antara En Mahdir & En Baharuddin ni ye... |
|
Melepas lelah. En Hafizul (Cikgu)(kanan sekali) merupakan tulang belakang menjayakan program ini. |
|
Salah seorang pemain Liverpool yang hadir memeriahkan hari tersebut |
|
En Yusri berbincang sesuatu dengan En Azman |
|
Ada sesuatu dibincangkan oleh pengerusi & 2 masterchef C9 |
|
Kemesraan antara En Fuat & Isteri. Menang jua akhirnya.. |
|
Leka anak-anak ini bermain tepung. Habislah baju tu nanti emak kena cuci... |
|
Masih Hebat! En Yusri (Bendahari) sebagai penyampai |
|
Gabungan 2 Masterchef C9 menyediakan jamuan tengahari (Hj Man & En Mahmood) |
|
Masterchef Hj Man sedang menuang air ke dalam kuali |
|
Jangan dilupakan orang dapur yang bertungkus lumus menyiapkan juadah tengahari. |
|
Chef Jo (Zureimi) turut memberikan sentuhan juadah tengahari |
|
En Fairus sedang menyiapkan sesuatu.
|