Monday, 22 December 2014

SUKANEKA DAN HARI KELUARGA CLUSTER 9




Pada 21hb Disember yang lalu, Persatuan Kejiranan Cluster 9 telah mengadakan acara Sukaneka & Hari Keluarga. Tujuan utama acara ini diadakan adalah untuk mengeratkan silaturrahim dan merapatkan hubungan kekeluargaan sesama jiran tetangga penduduk-penduduk Cluster 9.

Disamping itu juga penduduk-penduduk yang mengambil bahagian dalam acara ini dapat mengenali di antara satu sama lain dari ibubapa hingga ke anak-anak yang terlibat. Walaupun program ini adalah yang pertama kali diadakan di Cluster 9 ini, penyertaan dari penduduk amatlah menggalakkan dan kemungkinan ianya akan diteruskan lagi di masa hadapan.

Ahli jawatankuasa Persatuan Kejiranan Cluster 9, dengan ini mengucapkan Tahniah kepada para pemenang bagi acara-acara yang dipertandingkan dan bagi yang tidak berjaya, jangan kecewa kerana acara seperti ini akan kita teruskan di masa hadapan untuk memupuk semangat perpaduan di kalangan penduduk-penduduk Cluster 9. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada AJK dan mereka yang terlibat sama ada secara langsung dan tidak langsung serta ahli keluarga yang menyertai dan menjayakan program ini. Khidmat dan penyertaan anda amatlah dihargai.

Kemesraan yang terjalin di antara jiran tetangga ketika acara ini diadakan diharap berkekalan hendaknya demi memupuk semangat kejiranan dan kesepakatan Kejiranan Cluster 9 ini.



 Wajah - Wajah Kemesraan Sukaneka & Hari Keluarga Cluster 9

 
Bergambar beramai-ramai sebelum acara bermula
 
Majlis dimulai dengan bacaan doa oleh En Mahdir
 

Ucapan alu-aluan dan perasmian dari Pengerusi En Adnan Md Nor


Antara penduduk dan ahli keluarga yang hadir pada hari tersebut


En Azman (Biro Sukan) dan En Roshadlisham (Setiausaha) sedang menguruskan pendaftaran peserta



Acara sukaneka bagi anak-anak bawah 6 tahun



Bawa bola ping pong dalam sudu


Bawa pundi kacang di kepala




Isi air dalam botol guna span


Acara sukaneka bagi anak-anak 6 tahun ke atas 





Acara tiup belon sampai pecah




Cari gula-gula dalam tepung




Ambil getah guna straw



Acara sukaneka bagi anak -anak kategori remaja 



Acara kepit bola celah kelengkang





Bawa bola guna gelung


Acara  'bowling kelapa'
 

Susun Tin



Acara sukaneka bagi kategori ibubapa



Rebut kerusi







Baling belon berisi air



Bowling kelapa kategori bapa


Ibu- ibu menunjukkan skil bermain bowling kelapa



Lari ikat kaki berpasangan





Acara kemuncak tarik tali kategori bapa




 Penyampaian hadiah


























Pemenang acara tarik tali kategori bapa


Jamuan makan














 Candid

Apa yang dibincangkan di antara En Mahdir & En Baharuddin ni ye...

Melepas lelah. En Hafizul (Cikgu)(kanan sekali) merupakan tulang belakang menjayakan program ini. 

Salah seorang pemain Liverpool yang hadir memeriahkan hari tersebut


En Yusri berbincang sesuatu dengan En Azman  
Ada sesuatu dibincangkan oleh pengerusi & 2 masterchef C9


Kemesraan antara En Fuat & Isteri. Menang jua akhirnya..



Leka anak-anak ini bermain tepung. Habislah baju tu nanti emak kena cuci...


Masih Hebat! En Yusri (Bendahari) sebagai penyampai


Gabungan 2 Masterchef C9 menyediakan jamuan tengahari (Hj Man & En Mahmood)

Masterchef Hj Man sedang menuang air ke dalam kuali

Jangan dilupakan orang dapur yang bertungkus lumus menyiapkan juadah tengahari.

Chef Jo (Zureimi) turut memberikan sentuhan juadah tengahari

En Fairus sedang menyiapkan sesuatu.