PENGENALAN MENGENAI DEMAM DENGGI
APA ITU DEMAM DENGGI
Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.
Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4).
Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.
Lebih 100 negara di Asia Selatan, Asia Tenggara, Afrika, Amerika Timur Mediterranean dan Pasifik Barat mengalami masalah denggi.
DEMAM DENGGI BERDARAH
Merupakan demam denggi yang teruk disebabkan oleh jangkitan virus denggi.
Tanda tanda Demam Denggi
Kawasan 'Hotspot Demam Denggi'
Rujuk laman http://idengue.remotesensing.gov.my/idengue/page2.php?kandungan=content/s_demamdenggi.html untuk maklumat lanjut.
INISIATIF PERSATUAN KEJIRANAN CLUSTER 9
Sehubungan dengan itu, di atas rasa kebertanggungjawaban Komuniti, Persatuan Kejiranan Cluster 9 telah mengadakan gotong royong pembersihan kawasan kediaman Cluster 9.
Gotong royong kali ini mendapat sokongan daripada Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) dan Majlis Perbandaran Sepang. Anggota Bomba dari Balai Bomba Cyberjaya juga turut membantu dalam program kali ini.
Fokus pembersihan kali ini diberikan ke atas kebersihan longkang, parit dan kawasan takungan air yang memungkinkan pembiakan nyamuk Aedes punca wabak demam Denggi.
Penyertaan penduduk pada program kali ini amat memberangsangkan di mana operasi pembersihan kawasan terutamanya longkang dapat mencapai hampir 90 peratus kawasan Cluster 9. Kontraktor pembersihan kawasan Cluster 9 juga turut serta bersama membantu penduduk menjayakan program ini.
Program yang bermula seawal jam 8 pagi dan berakhir hingga jam 3 petang itu bolehlah dikategorikan amat berjaya dan ianya perlu diteruskan lagi di masa-masa akan datang. Secara tidak langsung ianya dapat menjadi platform penduduk saling kenal mengenal dan berjasama dalam satu komuniti demi mewujudkan persekitaran kediaman yang lebih sihat, berkualiti dan bertepatan dengan moto Cluster 9 " Jalinan Kedamaian Alam Dan Insan"
Syabas Cluster 9 !
Sekitar Program Gotong Royong Cluster 9 Pada 8 Mac 2015
|
En Adnan, selaku Pengerusi menyampaikan taklimat |
|
Sebahagian warga Cluster 9 yang hadir |
|
Mandengar taklimat sambil minum pagi |
|
Gotong royong bermula |
|
Ada sesuatu yang dibincangkan di antara En Anwar dengan En Razman |
|
En Mokhtar mangerah tenaga |
|
Khidmat En Muai diperlukan terutama pada bahagian yang sukar dibersihkan |
|
Bekerja atau lihat saja tu?.. |
|
Bergaya dengan peralatan masing masing... |
|
Hati hati bang, ada dahan atas kepala... |
|
Kita bakor je..bakor je.. |
|
Anak anak Cluster 9 turut membantu bergotong royong |
|
Abang Mokhtar jangan petik, orang punya tu.. |
|
En Iskandar pun turun longkang |
|
Seronok anak anak ini membantu bekerjasama.... |
|
Tok Pengulu pun turun longkang |
|
Tiada bahagian sukar yang terkecuali |
|
Kaut En Rosli jangan tak kaut.. |
|
Bersama nyalakan api membakar sampah |
|
Cikgu buat kerja ke lepak tu? |
|
Hebat !! |
|
Muai memang pakar bahagian lubang longkang
|
|
Muat ke Rosan tu masuk ? |
|
Cikgu nampak rajin depan Tok Pengulu tu... |
|
Rajin nampak abang abang ni.. |
|
En Yusuf Wong, cuci longkang ke repair paip ? |
|
En Adnan memberikan taklimat tengahari bersama En Baharuddin (JPP) |
|
En Baharuddin (JPP) memberikan taklimat dan sokongan kepada program Cluster 9 |
|
En Adnan Bersama En Nahar meninjau kawasan sekitar |
|
Sebahagian kaum ibu meninjau kawasan sekitar... |
|
Terima kasih kepada angota Bomba Cyerjaya yang turut serta membantu |
|
Ada gaya juga En Rosan jadi anggota Bomba |
|
Gulung Ajeb, jangan tak gulung... |
Boleh daftar nama dah ni jadi anggota Bomba
*Kredit gambar En Marzuki Omar, jurufoto Cluster 9