Monday, 22 August 2016

Majlis Aidilfitri 2016 Cluster 9 Taman Putra Perdana



Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri 2016 Cluster 9 (C9) Taman Putra Perdana telah berlangsung pada 30hb Julai, 2016 bertempat di Laman Komuniti C9. Ini merupakan kali ketiga majlis seumpamanya diadakan oleh komuniti C9 bagi meraikan bulan Syawal yg mulia ini  di samping  meneruskan usaha memupuk semangat kekeluargaan di kalangan penduduk C9
.
Acara dimulakan dengan bacaan doa oleh AJK C9, Prof Madya Dr Rauf Tan Sri Hassan di ikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi C9, Tuan Adnan Mohamad Nor.

Pelbagai juadah telah disediakan untuk para tetamu termasuk lemang yang dibuat secara gotong royong oleh penduduk C9, ketupat, rendang, dua ekor kambing bakar, pelbagai jenis kuih-muih dan biskut raya, air batu campur, mee dan nasi goreng dan juga pizza Domino's.

Majlis juga telah dimeriahkan dengan kehadiran Tuan Haji Borhan Aman Shah, Penyelaras Pusat Khidmat DUN Dengkil, Tuan Haji Baharuddin Misran, ahli Majlis Perbandaran Sepang, Tuan Naharanuar Ayob, Timbalan JPP Taman Putra Perdana serta ahli-ahli Jawatankuasa Masjid Taman Putra Perdana.

Diharapkan majlis seumpama ini akan dapat diteruskan di tahun-tahun yang akan datang Insya Allah.

Komuniti C9 yang  bertungkus-lumus menyediakan lemang untuk juadah Aidilfitri.



Prof Madya Dr Rauf membacakan doa


Ucapan alu-aluan Pengerusi C9 


Tuan Haji Azman berucap bagi pihak AJK majlis



Gerai ABC


Gerai Kambing Bakar


Antara juadah lain yang disediakan



Para penduduk dan tetamu menikmati juadah






Masa untuk pizza


Acara selingan meraikan harijadi muslimat C9 untuk bulan Januari hingga Jun 2016

  

Pengerusi C9 menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak C9


Tuan Haji Borhan turut memeriahkan majlis


AJK dan penduduk C9 bergambar kenangan bersama Tuan Haji Borhan









Thursday, 30 June 2016

PROGRAM BERBUKA PUASA C9 - 2016



Assalamualaikum.
Alhamdulillah, pada 25 Jun 2016, Persatuan Kejiranan Cluster 9 dengan kerjasama JPP Putra Perdana telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa di Laman Komuniti C9. Sebagaimana biasa, program ini di jalankan secara muafakat penduduk Cluster 9 di mana penyediaan khemah, tempat solat dan makanan telah di buat secara gotong royong. Sumbangan dari penduduk juga di terima dan digunakan untuk penyediaan moreh dan sebahagiannya akan di salurkan kepada orang-orang miskin di Taman Putra Perdana dalam bentuk barangan keperluan asas.

Program bermula dengan bacaan Tahlil dan berakhir dengan moreh selepas solat sunat Terawih. Pada tahun ini, Solat sunat Terawih telah di Imamkan oleh Sheikh Bilal Adil Muhammad dari Iraq.


Bacaan Tahlil dan Solat Sunat Terawih



Tetamu yang di jemput bersama dalam majlis berbuka puasa ini adalah Tn Hj Borhan Aman Shah (Penyelaras DUN Dengkil), Tn Hj Baharuddin (Ahli Majlis MPSP) dan En Nahar (Timb Pengerusi JPP Putra Perdana). 

JPP Putra Perdana juga bermurah hati dengan memberi sumbangan berupa barang keperluan asas untuk Warga Emas dan Anak Istimewa Cluster 9 dan telah di sampaikan oleh Tn Hj Borhan sendiri kepada penerima / wakil.

Sumbangan dari JPP disampaikan oleh Tn Hj Borhan

Sekitar program berbuka puasa 2016











Terima kasih kepada AJK dan penduduk yang terlibat dalam menjayakan program ini dan juga kepada penyumbang-penyumbang yang telah bermurah hati. Semoga kita sama-sama di berkati oleh ALLAH dan mendapat kebaikan di bulan yang mulia ini.
Wassalam....

Friday, 10 June 2016

"GOTONG ROYONG" DATANG LAGI......

ASSALAMUALAIKUM.....

Sudah menjadi (boleh di katakan satu Rutin) bagi setiap 2 atau 3 bulan sekali, penduduk di Kejiranan Cluster 9 akan mengadakan Gotong Royong yang tidak lain dan tidak bukan untuk memastikan kebersihan / keceriaan persekitaran kawasan Cluster 9 dan di samping sebagai satu aktiviti yang boleh merapatkan  hubungan kejiranan sesama penduduk. 

Pada 29 May 2016, bermula 8 pagi, Penduduk, ketuai oleh Pengerusi PKC9 telah berkumpul dan di berikan taklimat ringkas berkenaan program hari tersebut. Fokus utama adalah kebersihan dan keceriaan dan membuang ranting / dahan yang mungkin akan membahayakan di kawasan sekitar Laman Komuniti.

Persediaan untuk bertempur bersama senjata masing-masing
  Gambar sekitar program gotong royong ini.

acara potong memotong








Antara "Chef-Chef profesional" yang telah di terbangkan khas ke Laman Komuniti untuk mengediakan juadah makan tengahhari untuk peserta program. 



Tua dan muda sama-sama berganding bahu bagi keselesaan dan keselamatan bersama..



Moga muafakat dan sikap bekerjasama akan terus kekal dan hubungan silaturahim diantara penduduk Cluster 9 terus utuh sehingga selamanya.

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN

Monday, 18 April 2016

PROGRAM USRAH PENDUDUK CLUSTER 9


Assalamualaikum.

Program Usrah Penduduk Cluster 9
Tarikh      : 8 April 2016
Masa      : 9.00 mlm
Tempat   : Laman Komuniti C9 
Oleh Professor Madya Dr Rauf bin Tan Sri Hassan
Tajuk      : Kesalahan Tajwid dalam bacaan Al Fatihah

Salah satu program Usrah yang telah di rancangkan oleh PKC9 bagi tahun 2016 telah berjaya di jalankan hasil kerjasama dari semua penduduk C9, PKM DUN Dengkil serta JPP zon Putra Perdana dan Masjid Putra Perdana. Telah di sampaikan oleh salah seorang penduduk C9 iaitu Prof. Madya Dr Rauf Tan Sri Hassan. 

Jika di lihat dari tajuk, mungkin ada yang beranggapan mudah tapi sememangnya tanpa kita sedar, mungkin banyak yang tidak kena dalam bacaan Al Fatihah yang setiap hari kita baca. Alhamdulillah, dengan program ini InshaAllah dapat membantu penduduk Cluster 9 menambahbaik bacaan serta ilmu dalam bacaan AlQuran. 







Di dalam program ini juga, pihak PKM Dun Dengkil yang di ketuai oleh Tn Hj Burhan telah sudi untuk memberi sumbangan set sistem audio serta tikar bagi kegunaan Persatuan Kejiranan Cluster 9. Terima kasih dari PKC9 di atas sumbangan ini semoga program-program akan datang lebih mudah di jalankan dengan adanya peralatan yang di sumbangkan ini.






Sedikit jamuan ringan yang di buat secara bergotong royong oleh penduduk cluster 9 bagi meraikan tetamu yang hadir pada malam ini.




Semoga program usrah ini akan dapat di teruskan pada masa-masa akan datang. Di samping merapatkan hubungan silatulrahim di antara penduduk C9, secara tidak langsung ianya menjadi platform untuk kita sama-sama memperbaiki diri kita dan berkongsi pengetahuan dalam semua bidang.....

Wassalam....