ASSALAMUALAIKUM.....
Sudah menjadi (boleh di katakan satu Rutin) bagi setiap 2 atau 3 bulan sekali, penduduk di Kejiranan Cluster 9 akan mengadakan Gotong Royong yang tidak lain dan tidak bukan untuk memastikan kebersihan / keceriaan persekitaran kawasan Cluster 9 dan di samping sebagai satu aktiviti yang boleh merapatkan hubungan kejiranan sesama penduduk.
Pada 29 May 2016, bermula 8 pagi, Penduduk, ketuai oleh Pengerusi PKC9 telah berkumpul dan di berikan taklimat ringkas berkenaan program hari tersebut. Fokus utama adalah kebersihan dan keceriaan dan membuang ranting / dahan yang mungkin akan membahayakan di kawasan sekitar Laman Komuniti.
Persediaan untuk bertempur bersama senjata masing-masing |
Gambar sekitar program gotong royong ini.
acara potong memotong |
Antara "Chef-Chef profesional" yang telah di terbangkan khas ke Laman Komuniti untuk mengediakan juadah makan tengahhari untuk peserta program.
Tua dan muda sama-sama berganding bahu bagi keselesaan dan keselamatan bersama..
Moga muafakat dan sikap bekerjasama akan terus kekal dan hubungan silaturahim diantara penduduk Cluster 9 terus utuh sehingga selamanya.
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN