Monday 23 January 2017

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-3 PKC9

TARIKH : 22 JAN 2017
TEMPAT : LAMAN KOMUNITI CLUSTER 9
MASA : 9.00 am



Alhamdulillah,
Tahun 2017 dimulakan dengan di adakan Mesyaurat Agung Tahuanan kali ke-3 bagi PKC9. Seramai hampir 60 ahli yang hadir pada hari tersebut. Mesyuarat kali ini di buat bersama-sama dengan pelancaran KRT Cluster 9, Putra Perdana yang telah di luluskan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional.

Tetamu jemputan yang di jemput khas bagi merasmikan Mesyuarat pada kali ini adalah Yang Berbahagia Tn Hj Borhan bin Aman Shah (Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat DUN Dengkil) dan Juga En Muniandi A/L Murugan (Pegawai Pengerak JPNIN)

Mesyuarat di mulakan pada pukul 9.00 am dan telah berakhir pada pukul 10.30 pagi. Beberapa isu telah di bangkitkan juga cadangan bagi penambahbaikan perjalanan PKC9 juga cadangan bagi penambahbaikan Laman Komuniti bagi keselesaan penduduk. Perlaksanaan akan di bincangkan pada mesyuarat AJK selepas ini.

Sedikit jamuan ringan telah di sediakan dan sebahagian adalah dari sumbangan penduduk di Cluster 9. Sebagaimana biasa,  sudah menjadi kebiasaan perkara ini di buat secara kerjasama di antara penduduk.

Sebahagian dari suasana semasa mesyuarat di jalankan.