TARIKH : 17 FEB 2017
TEMPAT : LAMAN KOMUNITI CLUSTER 9
MASA : 19:00 - 2230
TAJUK : SOLAT
PENCERAMAH : Dr ABDUL RAUF TAN SRI HASSAN
Assalamualaikum,
Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi dan atas kehendaknya, program Usrah kali ke-2 telah berjaya di laksanakan di Cluster 9. Tidak lupa di ucapkan kepada AJK dan ahli persatuan yang sama-sama bertungkus lumus membantu dalam menjayakan program pada kali ini.
Seperti yang telah di buat pada tahun lalu, program Usrah ini di mulakan dengan Solat Maghrib berjemaah dan di teruskan dengan Kuliah yang di sampaikan oleh Dr Abdul Rauf berkenaan Solat. Walaupun jika di lihat secara am, tajuk ini di kira mudah bagi orang dewasa kerana ianya sememangnya adalah rutin harian setiap Umat Islam. Bagaimanapun, seperti yang di bincangkan pada program tersebut, Usrah ini adalah bagi setiap yang hadir untuk sama-sama mengulangkaji serta membuat penilaian diri berkenaan Rukun ini. Ianya sebagai ingatan untuk melihat kekurangan / kesalahan yang selama ini mungkin terlepas pandang dalam Solat yang di buat setiap hari.
Nilai ingat-mengingati serta berkongsi ilmu yang baik sesama kita amatlah di tuntut oleh Islam dan inilah yang telah di terjemahkan oleh program ini bagi kebaikan penduduk di Cluster 9 khususnya dan seluruh umat Islam amnya.
Program selesai dengan Solat Isya' berjemaah dan sedikit jamuan ringan yang di sediakan secara "Potluck" oleh jiran wanita di Cluster 9 ini. Setelah masing-masing sibuk dengan tugasan keluarga setiap hari, ruang ini di gunakan untuk sama-sama penduduk di Cluster 9 ini berbual sambil menikmati juadah.
Moga hubungan baik sesama jiran ini dapat kita teruskan dan program-program lain yang di rancang pada tahun ini dapat di jayakan.
Antara Suasana semasa sebelum dan selepas Program