Monday 12 November 2018

Program Hari Keluarga Cluster 9 2018

Pada 11 November 2018 , Persatuan Penduduk Kejiranan Cluster 9 telah mengadakan sebuah program yang menjadi salah satu daripada acara tahunan kalendar Komuniti Cluster 9 iaitu Program Hari Keluarga . Program ini telah diadakan Laman Komuniti Cluster 9 Taman Putra Perdana sendiri . Walaupun Program Hari Keluarga 2018 ini sedikit berbeza dari tahun-tahun yang lepas , namun ianya tetap disambut meriah oleh semua pihak terutamanya penduduk Komuniti Cluster 9 yang terlibat . Seramai 30 ahli keluarga dari Cluster 9 telah menyertai program ini .

Program dimulai dengan acara senamrobik sebelum sarapan . Bacaan doa dibacakan oleh Prof Madya Dr. Rauf Tan Sri Hassan sebelum acara sukaneka bermula dan seterusnya sedikit kata-kata ucapan dan aluan diberikan oleh Pengerusi Penduduk Persatuan Kejiranan Cluster 9 iaitu En. Adnan Mohd Nor .

Program Hari Keluarga Cluster 9 2018 ini juga telah dihadiri oleh Tuan Rushdan b. Mohammed yang merupakan Ahli Majlis Perbandaran Sepang Zon Putra Perdana .

                                           Gambar-gambar sekitar program
     
Acara senamrobik 

En. Adnan Mohd Nor selaku Pengerusi Penduduk Persatuan Kejiranan Cluster 9 memberikan ucapan 





Acara untuk golongan kanak-kanak 





Acara untuk golongan dewasa
 Banyak acara sukaneka yang telah dimainkan oleh kanak-kanak Cluster 9 seperti ;

- Bawa bola dalam sudu
- Perah span ke dalam botol
- Tarik bola menggunakan gegelung rotan
- Bawa pundi kacang atas kepala
- Kutip gula-gula
- Kreativiti bawa bola menggunakan tali

Bukan kanak-kanak sahaja , malahan golongan dewasa juga menyertai pelbagai acara seperti;

- Mengupas kulit buah epal
- Jentik getah ke arah botol
- Pecahkan belon di kaki
- Skill menggelecek bola dengan kayu hoki

Tuan Rushdan b. Mohammed (Ahli Majlis Perbandaran Sepang Zon Putra Perdana) sedang memberiikan ucapan 

Hadiah cabutan bertuah utama 

 Semoga ikatan kejiranan dan perpaduan akan terus mekar bagi semua penduduk di Cluster 9





Saturday 10 November 2018

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Cluster 9 2018

Pada 7 Julai 2018 , Persatuan Kejiranan Cluster 9 Taman Putra Perdana telah mengadakan sebuah Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2018 yang bertempat di Laman Komuniti di Cluster 9 sendiri . Majlis ini mendapat banyak sambutan dari pelbagai pihak dari dalam mahupun luar tanpa mengira kaum dan agama .

Sebagai permulaan majlis , bacaan doa dimulakan oleh Prof Madya Dr. Rauf Tan Sri Hassan dan seterusnya ucapan kata-kata aluan daripada Pengerusi Persatuan Penduduk Kejiranan Cluster 9 iaitu En. Adnan Mohd Nor sebagai pembuka tirai majlis pada kali ini .

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini juga turut dihadiri oleh Ahli Majlis Perbandaran Sepang Zon Putra Perdana , Tuan Rushdan . Selain itu turut serta Tuan Naharanuar Ayob sebagai Timbalan Pengerusi JPP Putra Perdana dan juga ahli-ahli Jawatankuasa Masjid Taman Putra Perdana . 

Pelbagai jenis makanan disediakan terhidang kepada para tetamu yang hadir seperti kambing bakar , ais batu campur , aiskrim , lemang dan ketupat , nasi goreng , mee goreng , kuetiau goreng , ayam bakar , sate dan juga pelbagai biskut raya .

Bukan itu sahaja , majlis sambutan kali ini juga turut dimeriahkan dengan `Booth Karaoke' yang menyediakan pelbagai jenis genre lagu untuk dinyanyikan ketika majlis berlangsung . Sebelum majlis berakhir , kanak-kanak diberikan duit raya seorang satu untuk menjadikan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2018 ini lebih bermakna buat mereka juga.

Semoga Majlis Sambutan Aidilfitri sebegini dapat diteruskan lagi agar memupuk sikap perpaduan antara masyarakat dan kaum .

                                 Gambar-gambar skitar majlis berlangsung

En. Adnan Mohd Nor selaku Pengerusi Persatuan Penduduk Kejiranan Cluster 9 memberikan sedikit ucapan sebelum majlis bermula
                                   
Tuan Rushdan (Kanan) turut menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2018 ini.
Para tetamu yang datang memriahkan majlis 


Ahli komuniti C9 yang berkerjasama menyediakan hidangan kepada tetamu 




Antara ahli-ahli komuniti C9 yang berkaraoke di `Booth Karaoke'



Kaum Ibu yang menjadi tulang belakang untuk majlis ini juga tidak melepaskan peluang untuk menikmati juadah yang disediakan 

Friday 9 November 2018

Kacau Dodol Tu Jangan Tak Kacau .. (2018)

Program Kacau Dodol sebegini jarang dilakukan dan akhirnya pada tahun 2018 ini ianya kembali lagi .  Tarikh Program Kacau Dodol Cluster 9 ini dilakukan pada waktu malam 9 Jun 2018 iaitu pada bulan Ramadhan tahun 2018 ini .

Program Kacau Dodol ini telah diketuai oleh saudara Azlan yang merupakan salah seorang daripada ahli komuniti Cluster 9 . Menurutnya lagi , resepi pembuatan dodol ini merupakan resepi turun temurun yang menjadikannya lebih istimewa . Setelah selesai , hasil Dodol ini telah diagihkan kepada penduduk yang membantu dalam menjayakan program kali ini .

Semoga dengan adanya program sebegini dapat mengeratkan hubungan perpaduan antara semua ahli-ahli komuniti Cluster 9 dan juga dirahmati oleh Allah


                Gambar-gambar sekitar Program Kacau Dodol berlangsung


Ahli Komuniti C9 yang terlibat berbincang sambil berjenaka ketika program berlangsung 

Hasil Dodol yang berjaya dikacau dan dimasak  ..  Macam sedap je nyum nyum 




Program Berbuka Puasa Persatuan Kejiranan Cluster 9 2018

Bersempena dengan bulan ramadhan pada tahun 2018 , Persatuan Kejiranan Cluster 9 telah mengadakan sebuah majlis berbuka puasa yang disertakan dengan solat tarawih berjemaah pada 2 Jun 2018 bertempat di Laman Komuniti Cluster 9 .

Kuih muih dan juadah ringkas disediakan kepada para jemaah sewaktu azan maghrib berkumandang dan kemudian diikuti dengan solat Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Prof Madya Dr. Rauf Tan Sri Hassan .

Selepas itu , ahli komuniti Cluster 9 menjamu selera sedikit sebagai alas perut sebelum mendirikan solat Isyak dan seterusnya solat Tarawih berjemaah yang juga diimamkan oleh Prof Madya Dr. Rauf Tan Sri Hassan .

Setelah selesai menunaikan solat Isyak dan Tarawih , ahli komuniti disajikan dengan hidangan moreh yang kebanyakannya disediakan dan disumbangkan sendiri oleh ahli-ahli komuniti Cluster 9 sebelum majlis berakhir .


                              Beberapa keping gambar ketika majlis berlangsung


Ahli-ahli komuniti C9 mula mengambil juadah untuk berbuka 


Gambar-gambar sekitar majlis solat Isyak serta solat Tarawih 

Tuan Hj. Jamaluddin selaku Timbalan Pengerusi memberikan sedikit kata-kata aluan 

Sunday 4 November 2018

Program Gotong Royong 2018

TARIKH    :  4 November 2018
MASA       :  08:30 am
TEMPAT   : Laman Komuniti Cluster9


Gotong Royong yang telah dijalankan ini dilakukan khusus untuk tujuan membersihkan laman komuniti yang menjadi pusat aktiviti bagi persatuan penduduk di Cluster 9 ini . Pada gotong royong kali ini , hampir 30 penduduk Cluster 9 telah bersama berganding bahu untuk menjayakan program ini

Bukan sekadar membersihkan kawasan sekitar laman komuniti Cluster 9 ini sahaja , malahan dahan pokok besar yang berada dibelakang laman juga dicantas dan dipotong bagi memastikan ianya tidak kelihatan terlalu padat


                               Gambar sekitar program gotong royong kali ini









Ahli persatuan Cluster 9 sedang bertungkus lumus membersihkan kawasan 

Sebahagian kaum ibu yang sempat hadir ke program gotong royong