Saturday 10 November 2018

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Cluster 9 2018

Pada 7 Julai 2018 , Persatuan Kejiranan Cluster 9 Taman Putra Perdana telah mengadakan sebuah Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2018 yang bertempat di Laman Komuniti di Cluster 9 sendiri . Majlis ini mendapat banyak sambutan dari pelbagai pihak dari dalam mahupun luar tanpa mengira kaum dan agama .

Sebagai permulaan majlis , bacaan doa dimulakan oleh Prof Madya Dr. Rauf Tan Sri Hassan dan seterusnya ucapan kata-kata aluan daripada Pengerusi Persatuan Penduduk Kejiranan Cluster 9 iaitu En. Adnan Mohd Nor sebagai pembuka tirai majlis pada kali ini .

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini juga turut dihadiri oleh Ahli Majlis Perbandaran Sepang Zon Putra Perdana , Tuan Rushdan . Selain itu turut serta Tuan Naharanuar Ayob sebagai Timbalan Pengerusi JPP Putra Perdana dan juga ahli-ahli Jawatankuasa Masjid Taman Putra Perdana . 

Pelbagai jenis makanan disediakan terhidang kepada para tetamu yang hadir seperti kambing bakar , ais batu campur , aiskrim , lemang dan ketupat , nasi goreng , mee goreng , kuetiau goreng , ayam bakar , sate dan juga pelbagai biskut raya .

Bukan itu sahaja , majlis sambutan kali ini juga turut dimeriahkan dengan `Booth Karaoke' yang menyediakan pelbagai jenis genre lagu untuk dinyanyikan ketika majlis berlangsung . Sebelum majlis berakhir , kanak-kanak diberikan duit raya seorang satu untuk menjadikan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2018 ini lebih bermakna buat mereka juga.

Semoga Majlis Sambutan Aidilfitri sebegini dapat diteruskan lagi agar memupuk sikap perpaduan antara masyarakat dan kaum .

                                 Gambar-gambar skitar majlis berlangsung

En. Adnan Mohd Nor selaku Pengerusi Persatuan Penduduk Kejiranan Cluster 9 memberikan sedikit ucapan sebelum majlis bermula
                                   
Tuan Rushdan (Kanan) turut menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2018 ini.
Para tetamu yang datang memriahkan majlis 


Ahli komuniti C9 yang berkerjasama menyediakan hidangan kepada tetamu 




Antara ahli-ahli komuniti C9 yang berkaraoke di `Booth Karaoke'



Kaum Ibu yang menjadi tulang belakang untuk majlis ini juga tidak melepaskan peluang untuk menikmati juadah yang disediakan