Tuesday, 13 August 2019

Majlis Solat Hajat Dan Bacaan Yassin Cluster9 2019

Pada 2 Ogos 2019 yang lalu , Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yassin telah diadakan di Laman Komuniti Cluster9 . Majlis ini diadakan atas beberapa tujuan utama iaitu untuk mendoakan kejayaan anak-anak yang akan menduduki peperiksaan penting seperti UPSR , PT3 , SPM dan STPM . Selain itu, untuk mendoakan kesejahteraan kesihatan kepada Pn. Tri Ujianti , isteri kepada En. Yusof Wong yang kurang sihat . Akhir sekali , majlis ini turut meraikan dan Tn. Imam Uzaifah iaitu Imam Masjid Taman Putra Perdana yang berangkat menunaikan ibadah haji pada 5/8/19 .

Solat Hajat dan bacaan Yassin ini telah diketuai oleh Tn. Imam Uzaifah sendiri .Setelah selesai bacaan Yassin , penduduk dihidangkan dengan pelbagai juadah ringan untuk mengisi perut sebelum pulang . Semoga doa-doa yang dihajati dimakbulkan dan diberkati oleh Allah S.W.T 

                                  Antara gambar-gambar semasa majlis berlangsung ;




Monday, 12 August 2019

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2019

Persatuan penduduk Cluster 9 sekali lagi telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 22 Jun 2019 bertempat di Laman Komuniti Cluster 9 . Majlis tahunan ini diadakan bertujuan untuk meraikan kedatangan bulan Syawal serta tujuan mengeratkan hubungan kekeluargaan dan kejiranan yang terjalin antara penduduk di Cluster 9 .

Majlis sambutan ini dimulakan dengan bacaan doa oleh Prof Madya Dr. Rauf dan kemudiannya sedikit kata-kata aluan daripada Pengerusi penduduk Cluster 9 iaitu En. Adnan Mohd Nor . Majlis Sambutan Hari Raya kali ini turut disertai oleh Ahli Majlis Perbandaran Sepang , Tuan Rushdan dan juga ahli-ahli Jawatankuasa Masjid Taman Putra Perdana .

Majlis ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelbagai pihak tanpa mengira kaum dan agama . Penglibatan golongan muda yang bertungkus lumus membantu menyediakan juadah makanan dilihat amat memberangsangkan . Perkara ini amat penting bagi memupuk sifat bekerjasama dan amalan hidup berjiran dari kecil dalam setiap anak-anak untuk menjamin kesejahteraan masyarakat setempat bak kata pepatah meluntur buluh biarlah dari rebungnya .

Semoga Majlis Sambutan Aidilfitri seperti ini dapat dikekalkan dan diteruskan pada masa akan datang agar perpaduan yang erat terjalin bersama .

Antara gambar-gambar ketika majlis berlangsung ;

Bacaan doa dibacakan oleh Prof Madya Dr. Rauf 
En. Adnan selaku Pengerusi Penduduk memberikan ucapan kata-kata aluan 
























\


Foto seluruh penduduk yang hadir pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Cluster9 2019









Friday, 31 May 2019

Majlis Berbuka Dan Iftar Ramadhan 2019

Assalamualaikum wbt.

Persatuan Kejiranan Cluster 9 telah mengadakan majlis berbuka puasa serta solat tarawih pada          25 May 2019 di Laman Komuniti. Solat Maghrib , solat Isyak serta solat sunat Tarawih telah di imamkan oleh Ust. Prof Dr Abdul Rauf Hassan. Program ini adalah program tahunan yang mana tahun ini adalah tahun yang kelima telah diadakan.

Pada malam itu juga setelah selesai solat tarawih,semua jemaah telah mengadakan solat Hajat bagi anak anak Cluster 9 yang akan mengambil peperiksaan bagi tahun 2019. Semoga anak-anak ini di cerahkan hati dan minda ketika menghadapi peperiksaan itu nanti.Amin..

Untuk Majlis Iftar kali ini, kaum Ibu Cluster 9 telah berpakat untuk menyediakan juadah berbuka serta moreh secara gotong royong.Program memasak ini telah diadakan di kediaman Ustazah Aina / Guru nasi arab C9... Alhamdulillah, kali ini hidangan nasi arab kambing menjadi pilihan. habis licin you..takde tinggal berbaki pun untuk sahur..huhu

Pada malam tersebut, majlis juga telah diserikan dengan kehadiran Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Sepang Zon Putra Perdana  Tuan Rushdan Bin Mohamad.

Cer tengok gambar2 yang sempat dirakam kat bawah ni...




Persiapan juadah berbuka puasa telah dilakukan oleh Kaum Ibu Cluster9 secara gotong-royong








Para penduduk yang hadir berbuka puasa secara ringan sebelum mendirikan Solat Maghrib


Tuan Rushdan Bin Muhammad memberikan sepatah dua kata sempena majlis berbuka puasa yang diadakan oleh Cluster9

Solat Maghrib telah diimamkan oleh Prof Dr Rauf 






Sesi menjamu selera selepas Solat Maghrib








Suasana ketika Solat Isyak dan Solat Sunat Tarawih didirikan


Para penduduk kemudiannya menjamu selera dengan hidangan yang telah disiapkan 

Terima kasih kepada semua kaum ibu yang terlibat bagi menyediakan makanan dari siang sampai ke habis program..anda semua memang Champion...Semoga majlis Iftar Cluster 9 ini mendapat keredhoan dari ALLAH SWT. serta semoga penduduk Cluster 9 semakin tinggi nilai nilai kejiranannya sampai bilo bilo.

Wassalam