Monday 12 August 2019

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2019

Persatuan penduduk Cluster 9 sekali lagi telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 22 Jun 2019 bertempat di Laman Komuniti Cluster 9 . Majlis tahunan ini diadakan bertujuan untuk meraikan kedatangan bulan Syawal serta tujuan mengeratkan hubungan kekeluargaan dan kejiranan yang terjalin antara penduduk di Cluster 9 .

Majlis sambutan ini dimulakan dengan bacaan doa oleh Prof Madya Dr. Rauf dan kemudiannya sedikit kata-kata aluan daripada Pengerusi penduduk Cluster 9 iaitu En. Adnan Mohd Nor . Majlis Sambutan Hari Raya kali ini turut disertai oleh Ahli Majlis Perbandaran Sepang , Tuan Rushdan dan juga ahli-ahli Jawatankuasa Masjid Taman Putra Perdana .

Majlis ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelbagai pihak tanpa mengira kaum dan agama . Penglibatan golongan muda yang bertungkus lumus membantu menyediakan juadah makanan dilihat amat memberangsangkan . Perkara ini amat penting bagi memupuk sifat bekerjasama dan amalan hidup berjiran dari kecil dalam setiap anak-anak untuk menjamin kesejahteraan masyarakat setempat bak kata pepatah meluntur buluh biarlah dari rebungnya .

Semoga Majlis Sambutan Aidilfitri seperti ini dapat dikekalkan dan diteruskan pada masa akan datang agar perpaduan yang erat terjalin bersama .

Antara gambar-gambar ketika majlis berlangsung ;

Bacaan doa dibacakan oleh Prof Madya Dr. Rauf 
En. Adnan selaku Pengerusi Penduduk memberikan ucapan kata-kata aluan 
























\


Foto seluruh penduduk yang hadir pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Cluster9 2019