Pada 27 Januari 2019 yang lalu , Persatuan Kejiranan Cluster 9 telah mengadakan sebuah majlis rasmi tahunan iaitu Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-5 bertempat di Laman Komuniti Cluster 9 . Majlis yang dimulakan pada pukul 9 pagi ini mendapat sambutan yang menggalakkan oleh penduduk di Cluster 9 . Hampir seramai 70 orang penduduk hadir untuk mengemukakan pendapat atau isu yang berkait .
Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-5 ini juga turut dihadiri dan dirasmikan oleh Ahli Majlis , Majlis Perbandaran Sepang iaitu Tuan Rushdan Bin Mohamed . Kehadiran beliau pada kali ini sedikit sebanyak dapat menjawab persoalan dan pertanyaan oleh penduduk di Cluster 9 tentang penambahbaikan yang sedang dan akan dilakukan dalam Taman Putra Perdana yang ceria ini .
Sedikit jamuan sarapan juga turut dihidangkan kepada para penduduk dan tetamu yang hadir .
Antara gambar-gambar yang diambil ketika mesyuarat berlangsung