Sunday 17 February 2019

Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-5 Cluster 9

Pada 27 Januari 2019 yang lalu , Persatuan Kejiranan Cluster 9 telah mengadakan sebuah majlis rasmi tahunan iaitu Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-5 bertempat di Laman Komuniti Cluster 9 . Majlis yang dimulakan pada pukul 9 pagi ini mendapat sambutan yang menggalakkan oleh penduduk di Cluster 9 . Hampir seramai 70 orang penduduk hadir untuk mengemukakan pendapat atau isu yang berkait .

Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-5 ini juga turut dihadiri dan dirasmikan oleh Ahli Majlis , Majlis Perbandaran Sepang iaitu Tuan Rushdan Bin Mohamed . Kehadiran beliau pada kali ini sedikit sebanyak dapat menjawab persoalan dan pertanyaan oleh penduduk di Cluster 9 tentang penambahbaikan yang sedang dan akan dilakukan dalam Taman Putra Perdana yang ceria ini . 

Sedikit jamuan sarapan juga turut dihidangkan kepada para penduduk dan tetamu yang hadir .


                                Antara gambar-gambar yang diambil ketika mesyuarat berlangsung 

Para penduduk Cluster 9 yang hadir mengisi borang kehadiran 

Tuan Rushdan Mohamed turut bersama hadir beramah mesra dengan penduduk Cluster9

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Prof Dr. Abdul Rauf
En. Adnan Mohd Nor memberikan kata-kata aluan 
Tuan Rushdan Bin Mohamed sedang memberikan ucapan 


Para penduduk yang hadir tekun mendengar penjelasan dan penerangan dari ahli jawatankuasa Cluster9
Penduduk sedang menjamu selera makanan yang dihidangkan