Sunday 7 April 2019

Majlis Bacaan Tahlil Dan Yassin

Assalamualaikum wbt.

ALFATIHAH

      Majlis Bacaan Yassin telah diadakan pada 4 April 2019 ke atas Arwah Hj Azhar, ayahanda kepada saudara Joe AJK PKC9 yang telah kembali ke rahmatullah pada 2 April 2019 . Majlis tersebut telah diadakan di Laman Komuniti Cluster 9.
     
      Alhamdulillah, Persatuan Penduduk Cluster 9 juga telah menjalankan Majlis bacaan Yassin ini sudah hampir 2 tahun bermula dari tahun 2018 bagi ibu bapa ahli atau insan terdekat yang meninggal dunia  kepada semua ahli yang beragama islam di Cluster 9.

      Pada Majlis tersebut Prof Dr Rauf selaku Biro Agama C9 telah mengepalai bacaan sehingga selesai. Turut hadir bersama Pengerusi penduduk En Adnan Mohd Nor, Timb Pengerusi Tn Hj Jamaluddin, Imam Masjid PP Tn Hj Uzaifah , seluruh AJK serta penduduk setempat.

Takziah kepada saudara Joe dan keluarga
Semoga Arwah di tempatkan bersama orang orang yang soleh dan solehin ,

Amin.


Prof Dr Rauf mengetuai bacaan Yassin dan tahlil pada malam tersebut