Saturday 27 April 2019

Berat sama dipikul , Ringan sama dijinjing

 Sepertimana kata Tok Penghulu dalam ucapannya ketika Mesyuarat Agung Tahunan pada januari 2019 yang lalu, perkara yang amat mencabar bagi dirinya bukanlah untuk menjaga kawasan ataupun penduduk di dalam Cluster 9, tetapi cabaran utamanya  adalah lebih kepada menjaga pokok kelapa 8 batang yang ditanam penduduk di roundabout pintu masuk Taman Cluster9  11 tahun dulu.
     
 Pokok kelapa ini dah beberapa kali dicantas pucuknya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. kalau setakat nak petik buahnya untuk dimakan atau nak dibuat ubat untuk anak demam, ambiklah sebiji dua je .. ini tidak, habis diruntunnya semua tandan walaupun yang belum matang bro...Lebih malang lagi, tak cukup dengan buah, daun pucuk yang paling atas pun dilibas dengan parang ndaknya lagi kalau nak masuk musim perayaan tertentu. Pihak Persatuan Cluster 9 percaya, ini semua kerja orang luar sebab dah beberapa kali terserempak ..terkantoi la tu
   
 Setelah dibincang dan dipersetujui , akhirnya pada 7 April 2019, penduduk telah sepakat untuk memasang signboard pemberitahuan agar jangan dibuat hak orang macam hak milik sendiri. Ingat- ingatlah penat jerih orang lain untuk megindahkan kawasan. Walaupun ianya bukan kerja yang susah, tapi nak menjaganya tu hanya tuhan saja yang tahu ..

Beberapa keping gambar yang sempat dirakam ketika kerja-kerja pemasangan dilakukan oleh penduduk Taman Cluster 9 ; 


Tengah dok welding lagi..asyik bocor ajer besi ni kata nyer..
mengikut sejarah, semua welder ni biasa welding pipe dasar laut..hehe

 welder tengah cari idea tu..jgn di kacau

Siap bawak tok bomoh lagi, untuk nk bagi tepung tawar....hahaha

Kerjasama yang erat, membawa berkat

perghhhh...cantik tak weiii

Moga-moga dengan adanya papan tanda ini , orang luar akan lebih bertanggungjawab untuk tidak melakukan kesalahan yang sama lagi .