Monday 6 January 2020

Membugar Ukhwah Warga Cluster 9 2020

Selamat sejahtera kepada semua . 

Sebagaimana yang diputuskan dalam mesyuarat AJK pada awal bulan ini , Persatuan Kejiranan
 Cluster 9 telah mengadakan satu program akhir tahun sebelum memasuki dekad yang baru bagi merapatkan ukhwah dan persaudaraan yang terjalin dalam kejiranan Cluster 9 disamping menyambut kedatangan tahun baru 2020 

Program yang diadakan pada 28 Disember 2019 bertempat di Laman Komuniti ini telah dihadiri oleh semua ahli Persatuan Kejiranan Cluster 9 yang telah menyerikan lagi program ini . Pelbagai juadah telah disediakan seperti BBQ , ikan bakar , mee goreng dan lain lain lagi .

Gambar gambar ketika program berlangsung;

Ahli-ahli Cluster 9 yang hadir sedang mengambil makanan 





Abam-abam yang membantu menyediakan juadah BBQ kepada semua 




Puan Niza sedang memberi bungkusan cenderahati kepada anak-anak Cluster 9 yang hadir 


 Semoga tahun 2020 dapat memberi sinar baru kepada semua penduduk di Cluster9 dan semoga ukhwah persaudaraan yang terjalin sesama jiran bertambah kukuh untuk kebaikan bersama ; )