Assalamualaikum wbt.
Persatuan Kejiranan Cluster 9 telah mengadakan majlis berbuka puasa serta solat tarawih pada 25 May 2019 di Laman Komuniti. Solat Maghrib , solat Isyak serta solat sunat Tarawih telah di imamkan oleh Ust. Prof Dr Abdul Rauf Hassan. Program ini adalah program tahunan yang mana tahun ini adalah tahun yang kelima telah diadakan.
Pada malam itu juga setelah selesai solat tarawih,semua jemaah telah mengadakan solat Hajat bagi anak anak Cluster 9 yang akan mengambil peperiksaan bagi tahun 2019. Semoga anak-anak ini di cerahkan hati dan minda ketika menghadapi peperiksaan itu nanti.Amin..
Untuk Majlis Iftar kali ini, kaum Ibu Cluster 9 telah berpakat untuk menyediakan juadah berbuka serta moreh secara gotong royong.Program memasak ini telah diadakan di kediaman Ustazah Aina / Guru nasi arab C9... Alhamdulillah, kali ini hidangan nasi arab kambing menjadi pilihan. habis licin you..takde tinggal berbaki pun untuk sahur..huhu
Pada malam tersebut, majlis juga telah diserikan dengan kehadiran Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Sepang Zon Putra Perdana Tuan Rushdan Bin Mohamad.
Cer tengok gambar2 yang sempat dirakam kat bawah ni...
|
Persiapan juadah berbuka puasa telah dilakukan oleh Kaum Ibu Cluster9 secara gotong-royong |
|
Para penduduk yang hadir berbuka puasa secara ringan sebelum mendirikan Solat Maghrib |
|
Tuan Rushdan Bin Muhammad memberikan sepatah dua kata sempena majlis berbuka puasa yang diadakan oleh Cluster9 |
|
Solat Maghrib telah diimamkan oleh Prof Dr Rauf |
|
Sesi menjamu selera selepas Solat Maghrib |
|
Suasana ketika Solat Isyak dan Solat Sunat Tarawih didirikan |
|
Para penduduk kemudiannya menjamu selera dengan hidangan yang telah disiapkan |
Terima kasih kepada semua kaum ibu yang terlibat bagi menyediakan makanan dari siang sampai ke habis program..anda semua memang Champion...Semoga majlis Iftar Cluster 9 ini mendapat keredhoan dari ALLAH SWT. serta semoga penduduk Cluster 9 semakin tinggi nilai nilai kejiranannya sampai bilo bilo.
Wassalam