Wednesday, 27 January 2016

JOM SIHAT - SENAMROBIK PKC9 2016

Assalamualaikum.....
Bermula tahun baru 2016. Bermacam-macam azam tahun baru akan kita dengar. Azam tahun lepas mungkin ada yang telah dicapai atau mungkin ada yang terpaksa menyambung azam tahun lepas yang masih tertunggak. 

Di cluster 9, tahun 2016 di mulakan dengan program JOM SIHAT. hampir 30 peserta wanita mengikuti senamrobik yang di adakan pada 17 Jan 2016. Program ini bermatlamat bagi merapatkan hubungan diantara penduduk di samping memberi ruang bagi aktiviti riadah yang menyihatkan badan. Aktiviti ini di rancang untuk dijalankan sekali setiap bulan dan terbuka kepada semua termasuk kanak-kanak. Di harap permulaan yang baik ini akan dapat di teruskan dan memberi motivasi kepada semua untuk terus menjalankan kehidupan secara sihat.

JOM SIHAT........................


Peserta Senamrobik - Jan 2016


Peace yoooo....


Daun kelapa diambil lidi,
Lidi diikat belumlah cukup;
Selalulah bersenam setiap hari,
Tidur pula hendaklah cukup.


Ikan di air melompat-lompat,
Ikan bernama si ikan laga;
Amalkan gaya hidup sihat,
Makan minum hendaklah dijaga.


..............................................................................................................................................................