Saturday 6 February 2016

MAJLIS DOA SELAMAT DAN BACAAN YASSIN

TARIKH    : 23 JAN 2016
MASA       : 9.00 pm
TEMPAT   : LAMAN KOMUNITI CLUSTER 9


Assalamualaikum.
Persatuan telah mengadakan satu Majlis Doa Selamat dan bacaan Yassin bagi meraikan dan medoakan kesejahteraan adik Farah Athirah anak kepada En Mahmud di atas kejayaan beliau yang dapat menyambung pelajaran ke sebuah Universiti di United Kingdom. Dengan kerjasama penduduk Cluster 9 dan keluarga En Mahmud, satu gotong royong untuk memasak juadah makan malam telah di jalankan pada hari sabtu tersebut. 

Tepat jam 9.15 malam, majlis bacaan Yassin dan Doa Selamat bermula dan di ketuai oleh Prof Madya Dr Abdul Rauf Hj Hassan. Lebih 100 tetamu hadir ke majlis kali ini termasuk tetamu jemputan, Nazir dan AJK Masjid TPP bagi memeriahkan dan sebagai tanda sokongan kepada adik Farah yang akan melangkah ke satu persekitaran dan cara hidup yang pastinya berbeza di sini.

Semoga perjalanan adik Farah terus di berkati dan sentiasa di bawah lindungan yang Maha Esa dan juga ini akan menjadi pemangkin dan pembakar semangat kepada anak-anak lain di Cluster 9 untuk sama-sama berjaya di dalam pelajaran.



Bukan Cluster 9 kalau tak der Gotong Royong masak memasak.... 
kacau jangan tak kacau


Kaum bapa telah mewakilkan Cikgu Zul untuk sama-sama mengoreng ayam


Bacaan Yassin dan Doa Selamat bermula


Kata-kata semangat dari Tn Hj Jamaluddin kepada Adik Farah dan juga anak-anak C9

Sedikit sumbangan dari  penduduk di sampaikan oleh Pengerusi PKC9



Acara yang di nanti-nantikan oleh semua tetamu




** Post ini telah dibuat seawal hujung bulan Januari. Semasa "POST" ini di terbitkan, kami di maklumkan yang pihak penaja kepada adik Farah telah menangguhkan tajaan keluar negara dan adik Farah akan menyambung pelajaran untuk tahun pertama di dalam negara di bawah tajaan yang sama. Semoga ini tidak melemahkan semangat untuk terus berjaya dan kami di Cluster 9 akan terus mendoakan agar semua anak-anak di Cluster 9 akan terus berjaya dan dapat mengharumkan nama Cluster 9.....

Wassalam.