Monday 21 March 2016

GOTONG ROYONG CLUSTER 9 SIRI 1 2016

Assalamualaikum w.b.t.

Komuniti Cluster 9 Taman Putra Perdana telah mengadakan acara gotong royong pada 6hb Mac 2016 yang lalu.  Acara tersebut telah mendapat kerjasama daripada pihak Pusat Khidmat DUN Dengkil serta dibantu oleh Majlis Perbandaran Sepang. 

Acara bermula seawal 8.30 pagi dan aktiviti utama yang telah dijalankan adalah mengecat batuan tepi jalan di sekitar Cluster 9, membuang sampah sarap di dalam longkang, serta memotong pokok dan dahan mati di taman permainan. 

Acara kali ini telah dimeriahkan dengan kehadiran Tuan Haji Borhan Aman Shah (Penyelaras Pusat Khidmat DUN Dengkil) dan sertai juga oleh Tuan Haji Baharudin Misran (Ahli Majlis Perbandaran Sepang).

Di samping tu, kaum ibu dari kalangan komuniti Cluster 9 juga telah bergotong royong dalam menyediakan makanan tengahari .

Acara berakhir kira-kira jam 2 petang.




Peserta gotong royong bergambar kenangan



Aktiviti mengecat dimulakan di sekitar bulatan masuk ke Cluster 9







Haji Naim tekun mencantas daun dan ranting pokok di bulatan C9













Peserta-peserta yang merasa lenguh pinggang meneruskan aktiviti mengecat                              dengan duduk bersila pula





Anak-anak turut membantu membersihkan taman permainan









Pengerusi berbual bersama Tuan Haji Baharudin



Tuan Haji Baharudin turut serta mengecat batuan jalan





Memunggah kayu dan dahan mati ke dalam tong yang disediakan Majlis Perbandaran Sepang



Saudara Anwar menunjukkan cara mengangkat kayu yang betul









Aksi "Ghostbusters" Tuan Haji Azman



Mengecat laluan pejalan kaki ke taman permainan





Kaum ibu bertungkus lumus menyediakan hidangan lazat tengahari









Ketibaan Tuan Haji Borhan disambut oleh En Adnan dan Tuan Haji Jamaluddin



Sedikit ucapan dari Tuan Haji Borhan 






Peserta gotong royong menjamu selera







Tuan Haji Borhan diberi penghormatan untuk mengecat batuan jalan




Wajah baru sekitar Cluster 9