Monday 18 April 2016

JIRAN SEPAKAT MEMBAWA BERKAT

Assalamualaikum...
Bertarikh 2 April 2016, satu majlis walimatulurus telah di buat oleh Tn Amru dan Pn Hida Zubaidah serta Pn Aizatul Arbayaah di kediaman beliau di Cluster 9 ini. Kebiasannya kenduri di kawasan lembah klang ni orang dah guna khidmat Catering tapi kenduri ini telah di buat dengan  cara bergotong royong. Walaupun cuaca panas tak menghalang penduduk beramai-ramai membantu dan memeriahkan majlis persadingan ini. 

Sekalung tahniah kepada anggota Komuniti Cluster 9.

JIRAN SEPAKAT MEMBAWA BERKAT

Suasana gotong royong sebelum kenduri

  


"Panglima perang" sedang memberi arahan kepada "perajurit-perajurit" kenduri





Tuan rumah sedang meninjau persiapan komuniti C9 dan juga memastikan bekalan rokok kenduri tidak di salah urus (he3x)


Suasana ketika kehadiran tetamu







Kehadiran Tn Hj Burhan bagi memeriahkan Majlis



Selesai majlis, ramai-ramai bergotong royong untuk menurunkan khemah. Tuan rumah telah sudi menyediakan air "Seratus Campur" untuk menghilang haus bekerja dan ada jiran yang juga menyumbang minuman "cool blog" bagi mengganti gula dalam darah......


 Semoga ikatan kejiranan akan terus mekar bagi penduduk di Cluster 9.