Wednesday 26 July 2017

MAJLIS BERBUKA PUASA PERSATUAN KEJIRANAN CLUSTER 9 2017

Persatuan Kejiranan Cluster 9 (C9) Taman Putra Perdana telah mengadakan majlis berbuka puasa dan solat terawih berjemaah  pada 22hb Ramadhan 1438H bersamaan 17hb Jun, 2017 bertempat di Laman Komuniti C9.

Ini merupakan kali ke-3 majlis seumpama ini dianjurkan oleh persatuan C9.

Majlis berbuka dengan juadah ringkas dimulakan sebaik azan Maghrib dilaungkan oleh bilal bertugas En Firdaus Ismail disusuli dengan solat Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh  Prof Madya Dr Abdul Rauf Tan Sri Hassan.

Seterusnya, ahli komuniti C9 menjamu selera dengan hidangan yang kebanyakannya disumbangkan sendiri oleh ahli-ahli komuniti C9.

Selesai solat Isyak, ahli-ahli komuniti C9 terus mendirikan solat Terawih dan Witir secara berjemaah yang juga diimamkan oleh Prof Madya Dr Abdul Rauf.

Sebelum majlis berakhir, ahli-ahli jemaah disajikan pula dengan hidangan moreh.

Diharapkan juga majlis seumpama ini dapat mengeratkan lagi ukhuwah dikalangan ahli-ahli komuniti C9 dan akan dapat diteruskan lagi di masa hadapan.

Semoga majlis kami ini diberkati dan dilimpahi rahmat oleh Allah SWT.

                                        Gambar-gambar sekitar majlis