Tarikh: 21hb Jun, 2017
Masa: 4 p.m
Tempat: Apartmen Teratai & Kawasan Letak Kereta berhampiran Restoran Al-Jazeera
Persatuan Kejiranan Cluster 9 (C9) Taman Putra Perdana telah berbesar hati menyumbangkan barangan keperluan harian kepada golongan yang memerlukan sekitar Taman Putra Perdana.
Barangan tersebut diperolehi dari hasil sumbangan derma ahli-ahli persatuan C9 sempena Ramadhan pada tahun ini.
Pengerusi C9, En. Adnan Mohamad Nor telah sudi menjadi wakil C9 untuk menyampaikan sumbangan kepada penduduk Apartmen Teratai.
Manakala Timbalan Pengerusi C9, Tuan Haji Jamaluddin Yusoff dan Setiausaha C9, En. Roshadlisham Ramli menyampaikan sumbangan kepada penduduk berhampiran dengan Restoran Al-Jazeera.
Semoga sumbangan barangan tersebut sedikit sebanyak dapat meringankan beban para penerima bagi menampung keperluan mereka di bulan Ramadhan serta persediaan bagi menyambut Syawal pada tahun ini.